BTC USD 38,507.3 Gold USD 1,810.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Mudah Guna Cura Software Untuk Cetak 3D Artwork Design (Versi ET4)

Apa yang utama sekali, menggunakan 3D printer memerlukan tiga langkah penting iaitu pemasangan, reka cipta desain dan mencetak (slicing)

Pemasangan merupakan langkah di mana korang perlu pasang sendiri mesin ET4 3D printer sebelum korang boleh mula reka cipta desain dan cetak desain korang tu.

Kemudian, reka cipta desain 3D model boleh dibuat menggunakan 3D CAD perisian percuma di internet yang korang boleh cari, contohnya seperti Thing Verse. Korang boleh reka sebanyak mana model yang korang nak menggunakan perisian percuma tu.

Langkah terakhir pula ialah mencetak (slice) model yang korang dah reka dengan menterjemahkan fail 3D STL ke fail G-code yang 3D printer boleh baca.

Ini ringkasan bagi proses menghasilkan 3D model: idea > 3D desain > Fail STL > Filamen > Slice > G.code > cetak.

Andaikan yang korang dah ada desain 3D model untuk dihasilkan, jadi apa yang korang perlukan ialah memuat turun perisian 3D slicing program.

Baca panduan kat bawah ni untuk tahu macam mana caranya!

Langkah 1: Muat Turun Perisian Cura

Ada banyak perisian percuma kat internet tapi yang paling top sekali adalah TinkerCAD, FreeCAD dan Cura.

Kami cadangkan Cura sebab Cura lagi mudah berbanding yang lain. Klik je link di bawah ni untuk muat turun.

https://ultimaker.com/software/ultimaker-cura

1623222342387.png


Langkah 2: Pilih Printer

Selesai muat turun Cura, korang boleh buka dan pilih printer.

Senarai pelbagai printer akan terpampang di skrin computer jadi korang kena pilih Anet > ET4 dan klik confirm.

1623222369012.png


Selepas itu, korang boleh masukkan perincian berkaitan untuk tujuan setting printer dan extruder.

1623222398315.png


1623222413844.png

Langkah 3: Import Profail Konfigurasi JADI Life ET4

Klik link di bawah untuk muat turun profail tersebut.


Kemudian, korang boleh cari fail dengan nama JADI Profile. Klik pada Settings > Configurate setting visibly.

1623222515449.png


1623222530422.png


Rujuk pada Gambar 1, klik pada Profiles > ET4 – Custom #2

Selepas itu, rujuk Gambar 2, klik butang Import.

Ruang menu bar Anet ET4 akan terpampang di skrin korang seperti gambar di bawah selepas korang berjaya muat turun profail JADI ET4.

1623222555897.png


Langkah 4: Masukkan Desain 3D Printer Ke Cura

Ikut langkah ini untuk cara-cara masukkan 3D model ke dalam Cura.

File > Open File (s). Tekan STL fail dari komputer korang dan Cura akan import.

1623222581824.png


Korang kena tunggu kejap untuk 3D model loading dan muncul di skrin komputer.

1623222603473.png


Langkah 5: 3D Print Setup

Klik pada menu bar Print Setup untuk membuat tetapan pada saiz model mengikut kehendak korang

Boleh rujuk gambar kat bawah.

1623222628583.png


Seterusnya, pada sisi kanan korang, ada print settings. Di print settings, korang boleh jumpa “Profiles”. Print profiles ini mengandungi senarai lengkap print settings dan parameter set, yang akan membentuk strategi cetakan 3D. Profail ini serupa seperti layer height settings dalam “Layer height” di bawah Quality pada Custom settings. Layer height inilah yang paling kerap diubah tetapannya. Ianya merupakan ketebalan cetakan dalam salah satu lapisan model yang telah dicetak dalam milimeter. Layer height yang nipis membolehkan korang menambah baik kualiti cetakan, seterusnya permukaan yang licin dan lebih ketara dapat dilihat pada Z-direction (ketinggian) model. Sebaliknya pula, kalau korang guna lapisan tebal korang akan mengurangkan masa cetakan.

Tetapan print profile (layer height) boleh diubah suai mengikut mod yang dicadangkan atau mod ubahsuai. Korang boleh juga ubah peratus isi. Tapi, kena ingat, ketumpatan isi yang tinggi akan menyebabkan bahagian menjadi kurang fleksibel. Maknanya, kualiti cetakan bertambah baik tapi akan memakan banyak masa cetakan. Jangan lupa untuk klik pada kotak “Support” untuk tambah sokongan pada 3D model korang.

1623222652581.png


Langkah 6: Sedia Untuk Cetak

Model korang sudah siap untuk dicetak (slice), apa yang korang perlu buat sekarang ialah tukar fail STL kepada fail G.code.

1. Simpan fail yang nak cetak: korang boleh pilih sama ada nak “save to SD” atau “Send to Printer”

2. Anggaran masa cetakan: Cura akan tunjuk anggaran masa model akan disiapkan sepanjang model korang sedang dicetak

3. Mula mencetak: korang boleh duduk dan tunggu model korang desain siap dicetak.

1623222674330.png


Boleh terus ke link kami untuk panduan lain mengenai 3D Printer
YouTube
Official Online Store
Shopee
Lazada
PG Mall

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Jadi.life
Views
58
Last update

More entries in Others

More entries from Jadi.life

Top
Log in Register