Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa : Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh.
Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib. (Al-Maidah : 6)
Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.
[Continue reading...]