BTC USD 49,376.0 Gold USD 1,785.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buat Duit Dari Bumbung Rumah

Saya merupakan ahli baru CG. Mintak tunjuk ajar dari abang2 senior.

Kat sini, saya nak memperkenalkan satu jenis sistem yang kita boleh guna untuk generate duit.

Solar On Grid System.

Saya percaya masih ramai yang tidak mengetahui tentang sistem ini.

Secara ringkasnya, Solar On Grid ini adalah sistem yang menghasilkan tenaga elektrik daripada cahaya matahari. Dan melalui sistem ini, pihak TNB akan membayar sekitar RM1.37 bagi setiap kWh atau unit/blok utk tahun 2013. Dan pihak TNB akan terus membayar selama 21 tahun dari tarikh mula pemasangan.

Sebagai contoh pengiraan, sekiranya tuan-tuan memasang 4kW system, tuan-tuan akan mendapat RM21.92 sehari. Ini bermakna RM657.60 sebulan dan RM7,891.20 setahun.

Harga bagi pemasangan dan barangan adalah RM11,000 utk setiap 1kW.

Rata-rata pelanggan saya adalah dari kalangan bukan melayu. Apa yang saya harap, agar orang melayu cuba lah merebut peluang ini. Setiap tahun, rate yang akan dibayar oleh pihak TNB akan turun sebanyak 8%.

ROI bagi system ini adalah selama 5-7 tahun dan selepas pada tempoh itu, segala yang dibayar oleh pihak TNB kepada tuan adalah keuntungan semata-mata (14 - 16 tahun).

Dan sekiranya berminat, boleh hubungi saya di talian 019 255 5857 atau email ke [email protected]

Saya merupakan salah seorang pemegang sijil kompetensi yang dikeluarkan oleh SEDA untuk design sistem ini. Tuan-tuan juga boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang sistem ini.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
zunnurg
Views
30
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register