BTC USD 62,008.9 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh Untung Ke Bisnes 3D Printer?

Berniaga bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi mereka yang baru hendak menceburi bidang perniagaan ini, ianya memerlukan banyak kerja-kerja persiapan seperti menyediakan dokumen berkaitan dan perancangan perkembangan bisnes yang teliti. Selain itu, kos permulaan juga sangat mahal dan perancangan rapi adalah sangat penting. Senang kata, anda akan kehabisan tenaga dari segi fizikal dan mental. Tapi, kena ingat, ada pepatah menyebut “usaha tangga kejayaan”. Permulaan merupakan perkara yang sukar tapi jangan mudah mengalah dan bangkit semula untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Akan sentiasa ada turun naik dalam perniagaan tetapi cabaran yang sukar melahirkan usahawan kental!

Anda sedang membaca artikel ini kerana anda berminat untuk berniaga dengan 3D printer, bukan? Baca sampai habis untuk info lanjut.

1626836320723.png


Anda membuat pilihan yang tepat untuk menjadikan 3D printer sebagai sumber pendapatan anda, tak kiralah pendapatan sampingan mahupun pendapatan hakiki. Pada era ini, perniagaan 3D printer mempunyai peluang yang sangat cerah di mana dunia sekarang ke arah revolusi industri 4.0 yang menjadikan penggunaan teknologi satu asas yang penting.

Percetakan Prototaip 3D

Salah satu cara untuk menjana pendapatan dengan percetakan 3D adalah dengan meminimakan kos perniagaan sebanyak yang boleh. Sebagai contoh, kebanyakan industri perkilangan memerlukan prototaip contoh sebelum menghasilkan rekaan sebenar kerana mengambil kira proses pengujian, kajian dan perkembangan projek (R&D) sebelum rekaan sebenar boleh diteruskan penghasilannya. Kebarangkalian pelabur menolak untuk melabur di dalam perniagaan yang ujian R&D tidak memberangsangkan cukup tinggi. Oleh itu, penggunaan 3D printer boleh mengurangkan kos penghasilan dalam menghasilkan prototaip dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana, 3D printer hanya mengambil masa dalam 2-3 jam untuk menghasilkan sebuah prototaip, tidak seperti mesin industri yang mengambil masa lebih dari 3 jam dan memerlukan pakar bagi memantau kelancaran mesin industri tersebut. Di sini, kos upah pekerja, kos elektrik dan kos pembelian mesin industri dapat dikurangkan jika 3D printer digunakan.

Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi dengan percetakan 3D, ini termasuk, lebih banyak variasi dalam menghasilkan desain prototaip yang sama dan lebih banyak produk kompleks yang sukar boleh dihasilkan pada harga murah.

Komersialkan Percetakan 3D

Seterusnya, anda boleh jana pendapatan dengan menjual rekaan 3D buatan anda dengan menjualnya di pasaran. Menggunakan 3D printer memerlukan skil rekaan dan skil komputer. Bukan semua mempunyai skil dan pengetahuan tersebut jadi pasaran menjual rekaan 3D dan servis percetakan 3D sangat diperlukan.

1626836468395.png


Anda berpeluang untuk memperolehi wang berlipat kali ganda dengan menyediakan servis percetakan 3D dan menjual barangan yang direka dari 3D printer.

1626836491577.png


Kos Percetakan 3D

Anda harus ambil kira kos-kos ini dalam bisnes 3D printer anda:

  • Kos material
  • Kos pekerja
  • Kos operasi 3D printer
  • Keuntungan / margin
Bahan utama dalam menggunakan 3D printer ialah filamen jadi filamen perlu diberi keutamaan dalam pengiraan kos. Ada banyak jenis filamen antaranya, Poly Lactic Acid (PLA), Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS), Wood Fiber Cellulose +PLA, Polyethylene Terephthalate (PET), Poly Vinyl Alcohol (PVA), Nylon and Ninjaflex & Thermoplastic Urethane (PTU). Kebanyakan 3D printer di luar sana sesuai digunakan dengan semua jenis filamen ini dan yang menjadi pilihan orang ramai ialah filamen PLA kerana ianya mesra alam dan mudah terurai berbanding filamen lain. Filamen PLA diperbuat daripada sumber kanji jagung dan pokok tebu, bahan ini membantu dalam melancarkan proses percetakan 3D printer seterusnya mengelak dari 3D printer menghadapi masalah nozel tersumbat dan filamen cacat.

1626836554360.png


Harga filamen PLA bermula serendah RM54.00 dan anda perlu kira kos bahan mengikut pengiraan ini = harga filamen/berat filamen (g) * berat model (g).

1626836575967.png


Sekarang, kita beralih pula pada pengiraan kos pekerja. Anda haruslah mengira kos pekerja mengikut undang-undang buruh. Kebiasaannya, gaji dikira sebulan atau kadar gaji mengikut jam. Tetapi, anda boleh abaikan kos pekerja sekiranya anda beli 3D printer dalam kuantiti yang banyak dan anda sendiri boleh hasilkan prototaip tersebut.

Langkah seterusnya merupakan bahagian penting dalam pengiraan kos percetakan 3D. Anda kena mengambil kira kos penggunaan elektrik dalam kos operasi anda walaupun kos elektrik nilainya rendah. Pengiraannya seperti ini = harga sebuah 3D printer / masa yang digunakan (h) * tempoh masa percetakan (h)

Akhir sekali, anda boleh tambahkan kesemua kos-kos tersebut atau anda boleh guna kalkulator online untuk mengira kos percetakan 3D di internet. Antara kalkulator online yang boleh digunakan ialah Omni Calculator

Boleh terus ke link kami untuk melihat katalog 3D printer
YouTube
Official Online Store
Shopee
Lazada
PG Mall

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Jadi.life
Views
1,581
Last update

More entries in Others

More entries from Jadi.life

Back
Top
Log in Register