BTC USD 67,573.3 Gold USD 2,315.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahaya Fahaman Agama Yang Salah

Bahaya Fahaman Agama Yang Salah

Islam tidak pernah mempromosikan keganasan, permusuhan apa lagi tumpah darah yang akan menghapuskan keturunan.

Perbahasan Maqasid al-Syariah (tujuan pensyariatan) yang meletakkan penjagaan nyawa (Hifz al-Nafs) dan penjagaan keturunan (Hifz al-Nasl) sebagai antara dharuriyyat (kewajipan) yang perlu diutamakan.

Agama yang suci ini menentang keras segala bentuk fahaman yang menjurus kepada terorisme, melampaui batas, pembunuhan sesama manusia.

Ilmu yang benar akan membentuk dan mencorak pemikiran yang baik seterusnya menjauhkan diri daripada tercampak ke lembah kehinaan dan tindakan yang merosakkan keharmonian masyarakat dan negara.

Pelajari lah agama ini dengan guru yang mursyid yang mampu membawa kita kepada kefahaman Islam yang sempurna agar kita menjadi manusia beriman yang sentiasa berusaha menyebar dakwah dengan faham Islam yang sebenar.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
TXT
Views
29
Last update

More entries in Others

More entries from TXT

Back
Top
Log in Register