BTC USD 59,865.8 Gold USD 1,744.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

azam T.I.G.A - untuk EMESAR

UNTUK :

M.S.R (nama sebenar) as i pronounce EM-ES-AR

klik play! klik play! dengar! dengar is a must!

http://www.youtube.com/watch?v=VCGN_2XNAxE

heh.. aku akan menulis sambil mendengar lagu ini.
aku tahu aku terpaksa play banyak kali sbb aku tahu aku akan ambil masa yg lama untuk menulis ini.

hari ini 25 Januari 2013.
semalam ialah 24 Januari 2013.

kau masih ingat tak tarikh itu?
aku tahu. kau sudah lupa.
manader orang ingat tarikh dia melukakan orang.
hanya orang yang terluka je akan ingat tarikh2 itu.

yup. 3 tahun sudah.
dalam 3 tahun banyak yg aku lalui. tanpa kau.
walaupun kau sudah mungkir janji kau untuk jaga aku.
walaupun kau sudah tidak sayang aku lagi.

3 tahun aku sangat susah terima org. 3 tahun membezakan kau dengan org lain.
3 tahun aku membayangkan kau disisi.
betul. mmg aku diteman bayang kau.

aku tak faham,kenapa mesti kau yang aku kenang.
aku tak faham kenapa mesti kau yang bersarang dalam hati ini.

kau dah takde lagi dengan aku.
aku sudah tidak lagi dengar suara kau.
aku sudah tidak lagi dipujuk oleh kau.
aku sudah tidak lagi memeluk kau erat.

tapi kenapa hati aku ni degil sangat? masih lagi keras. masih lagi tidak mahu terima semua ini.

aku tak peduli apa mereka. aku tidak kisah apa yg mereka sangka.
kerana kebenarannya hanya aku,kau dan Tuhan yang tahu.

aku tidak mahu kau lagi.sungguh.
aku tidak mahu kau. tapi aku mahu melupakan kau. kenapa susah sangat!!!

3 tahun
kali ini aku semacam sudah nekad. untuk melupakan segala ttg kita. aku akan melepaskan segala rasa aku ini.
aku akan tinggalkan bayangan kau
aku akan tinggalkan segala janji yang pernah kau lafazkan.
kau teruskanlah hidup kau dan aku juga terpaksa teruskan hidup ini.

oh ye. baru2 ni aku ada terbaca posting kau mmg sangat menyakitkan hati aku.


idung ngn mata nmpak cam sama je
takpun abg angkat dia

Amiinnn
dlm cg ni pun ada
tapi taktaula leh pakai ke tak :eek:

ye. mmg aku tak boleh pakai. sbb tu kau bla.
tapi kau kene ingat, kau sendiri pun tak boleh pakai. terutama JANJI yang kau buat pada aku.
semua janji kau adalah busyet.

mungkin lah sekarang kau seronok. seronok tgk aku yang collapse tak bangun.
seronok tgk aku tak move pergi mana2.
seronok aku yang terhenti langkahnya sedangkan seluruh alam berputar.

hiduplah kau dengan kebahagian yang kau cari
tapi jangan kau lupa dunia ini bulat.
walaupun aku tidak percaya ttg adilnya dunia, aku masih percaya pada pembalasan.
bukanlah aku mahu kau tergolek tak bangun-bangun seperti aku.

tidak.

aku cuma berharap yag aku dapat melupakan kau. itu je.
aku mmg akui yag aku takkan lupakan kau atas apa yg aku lalui.
cuma aku harap aku boleh release segala bebanan dan keperita nhati ini.

SUPAYA DI SAAT AKU KELUAR DENGAN LELAKI LAIN, AKU TIDAK TERKENANG KAU.

itu je.

dan untuk 2013 ini, aku berazam.
aku berazam untuk tidak mahu lagi mengenang kau. sedikit pun tidak mahu.
barang2 kau, telah pun aku seal dalam kotak.
cuma tinggal Bunga sahaja sbb aku tak boleh tido tanpa Bunga. dan Bunga sangat bererti untuk aku.
Bunga kata dia benci kau!

Semoga azam aku di 2013 ini menjadi nyata.


149539_582333771792398_2021022541_n.jpg




734891_582333955125713_1397839297_n.jpg



19097_582333421792433_1362736034_n.jpg

**Jauh sudah ku jalani arti hidup ini
Yang ku harap dapat buat ku berdiri
Biarkanlah ku jalani semua
Tanpa dirimu di sisiku lagi

Kau tahu aku sungguh mencintaimu
Tak mampu redupkan luka di hatiku
Biarkan ku coba untuk melupakanmu
Walau ku tak mampu

***segala entry ttg kau yang aku removed, aku akan restore balik.
suapa aku boleh lihat betapa setupid nya aku satu ketika dulu***

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
RuthlessFairy
Views
852
Last update

More entries in Others

More entries from RuthlessFairy

  • Jika
    Jika aku tahu Sungguh. Tidak akan aku disini lagi Membiar diri...
  • Berat
    7/1/2018. Lagi. kau hilang dengan kata tipuan kau. meninggalkan aku...
  • peluang
    untuk F. peluang.. semua orang dalam dunia harus tahu tentang...
  • Sudahi-lah.
    masih lagi tentang sakit. Tuhan, rasa yg lahir ini adalah dari Kau...
  • Bersepai
    bersepai - hati ini kau keje kan berdebu - perasaan ini kau tumbuk...
Top
Log in Register