BTC USD 55,685.9 Gold USD 1,787.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alternatif Sumber Pendapatan US Dollar Di Fiverr

Jika anda seorang newbie atau masih tercari-cari alternatif untuk menjana pendapatan secara online dengan teknik yang mudah serta ringkas, laman Fiverr boleh dianggap sebagai jawapan kepada situasi anda itu. Kenapa? Di laman Fiverr anda berpeluang menjana pendapatan US Dollar tanpa memerlukan modal. Tak percaya? Fiverr menyediakan satu pasaran secara online untuk sesiapa sahaja di seluruh dunia menawarkan apa jua servis/perkhidmatan pada kadar harga 5 US Dollar. Walaupun tanpa kemahiran/kepakaran tertentu, anda mampu menjadikan laman Fiverr sebagai alternatif sumber pendapatan anda secara online. Di Fiverr terdapat pelbagai servis/perkhidmatan yang unik dan kreatif ditawarkan pada kadar harga 5 US Dollar.

Pernahkah anda terfikir dengan merakam video di mana rakan anda mengayuh basikal sambil melaungkan nama seseorang atau melaungkan mesej tertentu, anda akan dibayar 5 US Dollar? Tentunya anda tidak pernah terfikir. Itu adalah salah satu contoh keunikan servis/perkhidmatan yang ditawarkan di laman Fiverr dengan kadar harga 5 US Dollar. Dengan menawarkan servis/perkhidmatan yang hanya mengambil masa kurang dari 10 minit, anda memperolehi 5 US Dollar, kira-kira RM 15. Menarik bukan? Itulah peluang yang boleh anda rebut di laman Fiverr.

Tawarkan sesuatu yang unik dan kreatif kepada pengunjung laman Fiverr yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Jika anda memiliki bakat atau kemahiran tertentu, pastinya ada peluang dan potensi besar untuk menjana pendapatan lumayan di Fiverr. Katakan anda pandai bermain gitar dan boleh menyanyi. Gunakan bakat tersebut untuk menawarkan servis/perkhidmatan dengan menyanyikan ucapan Selamat Hari Jadi kepada bakal pelanggan anda sambil anda memetik gitar. Mungkin tugasan ini hanya mengambil masa kurang dari 5 minit dan anda dibayar dengan harga 5 US Dollar. Mudah dan ringkas. Servis/perkhidmatan sebegini merupakan salah satu servis/perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di Fiverr.

Mungkin ada yang beranggapan nilai 5 US Dollar adalah kecil. Tetapi cuba kita lihat dari sudut ratio masa tugasan servis/perkhidmatan:harga. Dengan melakukan tugasan servis/perkhidmatan yang mengambil masa antara 10-15 minit, anda memperolehi 5 US Dollar. 5 US Dollar untuk tugasan yang mengambil masa 15 minit. Mudah dan ringkas. Selain itu, tiada limit untuk pelanggan membuat order bagi servis/perkhidmatan yang ditawarkan di Fiverr. Katakan dalam sehari, anda mendapatkan 5 order. Untuk hari tersebut anda bakal memperolehi 25 US Dollar. Seminggu 7x5=35 order. 35 x 5 US Dollar = 175 US Dollar setiap minggu. Lumayan!

Tawarkan semaksima mungkin servis/perkhidmatan yang mudah dan ringkas untuk disiapkan. 1 akaun Fiverr membenarkan gigs pengiklanan servis/perkhidmatan sehingga 20 gigs. Anda boleh membuka banyak akaun Fiverr bagi mengatasi limit maksima yang ditetapkan oleh pihak pengendali Fiverr untuk satu akaun. Selagi tidak melanggar terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Fiverr, anda bebas tanpa halangan untuk menawarkan seberapa banyak servis/perkhidmatan. Semakin banyak gigs yang anda tawarkan, semakin ramai traffik yang melihat gigs anda yang secara tidak langsungnya meningkatkan potensi mendapat order dari pelanggan. Rebut peluang yang ada di laman Fiverr dengan menawarkan servis/perkhidmatan yang unik dan kreatif. Jana US Dollar di Fiverr tanpa sebarang modal!

---> http://adf.ly/47rwW


bundle.jpg

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
azaz
Views
863
Last update

More entries in Others

More entries from azaz

Top
Log in Register