BTC USD 45,442.4 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aku weiii...

Syukur;) vs Dengki /:)
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Jujur aku cakap, kadang2 dalam menempuh hidup seharian ni aku cepat berasa cemburu atau iri hati terhadap orang sekeliling aku. Aku jealous bila member dapat kereta atau gadget petik jari je, sebab dia anak orang kaya. Atau makwe dia cantik dan solehah. Haha, tak boleh blah contoh. Atau atau, dia terang hati, ilmu senang gila masuk. Atau, dia boleh travel pergi overseas. Atau, dia naturally kacak dan kurus. And the list goes on...

Hakikatnya, manusia ni memang susah nak puas dengan apa yang dia ada.Contohnya, aku lah. Aku asyik pandang kelebihan dan rezeki orang lain, sampai aku lupa nak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku asyik merungut bila nak kaya, sedangkan aku patut bersyukur aku masih dapat bekerja walau gaji tak seberapa dan boleh hidup normal dan cukup panca indera. Aku cemburu orang lain kaya, sedangkan keluarga aku tak sesusah mana, cukup menyara seluruh keluarga.

Benar, kita perlu diingat kan selalu. Bangun pagi, perkara pertama yang perlu diucapkan adalah bersyukur kerana masih terus bernafas hari ini. Masih sihat, masih ada keluarga yang tak boleh ditukar ganti, masih ada sahabat yang sangat ambil berat, masih boleh melihat, dan masih boleh menaip entry ini....

TOLONG INGATKAN AKU, KERANA AKU TIDAK SEMPURNA

#S.S

Comments

kes sama ngan aku. gaji mcm cukup dah. tggi sikit dr kawan2 aku, tapi mulut dok cakap tak cukup situ la...

kdg2 bila terlalu nak lebih baik, kita lupa nak bersyukur.

#TegurDriSendiri :D
 

Blog entry information

Author
SHAZU87
Views
40
Comments
1
Last update

More entries in Others

More entries from SHAZU87

  • Lapaq
    Busung lapar =P~=P~=P~ Busung lapar atau honger oedema disebabkan cara...
Top
Log in Register