BTC USD 49,828.2 Gold USD 1,777.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AIA AFG Takaful

IMG-20130819-WA0000.jpg


A-Medik Medical Card

Perbelanjaan perubatan yang kian meningkat akan menjejaskan simpanan anda jika berlakunya penghospitalan atau pembedahan. Dengan A-Medik, kami boleh membantu anda untuk mencegah kemerosotan kewangan kerana pelan ini menawarkan perlindungan perubatan yang komprehensif sehingga umur 99 tahun.

Selain itu, pelan ini juga menawarkan had jumlah keseluruhan seumur hidup yang tidak terbatas bagi setiap orang dilindungi di mana anda tidak perlu bimbang akan kekurangan pembayaran balik perubatan dalam jangka masa yang panjang.

Oleh itu, anda dapat menumpukan perhatian untuk meningkatkan simpanan anda tanpa perlu
bimbang akan penyusutan simpanan disebabkan kejadian yang tidak diduga.


Apakah itu A-Medik?

A-Medik adalah pelan perubatan caruman tetap yang meliputi kos penghospitalan dan pembedahan dalam keadaan penghospitalan kerana sakit atau punca kemalangan. Pelan ini menyediakan faedah tambahan yang boleh dilampirkan bersama pelan-pelan takaful keluarga dan takaful berkaitan
pelaburan.

AMAUN PERLINDUNGAN

Bolehkah saya memperluaskan amaun perlindungan kepada ahli keluarga saya di dalam pelan ini?
Anda mempunyai pilihan untuk memperluaskan perlindungan ini kepada ahli keluarga anda.

Tiga (3) pelan keluarga yang disediakan adalah:
(i) Orang Dilindungi + Pasangan
(ii) Orang Dilindungi + Keluarga
(iii) Orang Dilindungi + Anak

Dalam pelan keluarga, semua ahli keluarga yang dilindungi dalam satu sijil akan dilindungi dengan
amaun yang sama.


Hospitalisasi dan kos rawatan


1383916_401297329998097_1955951141_n.jpg


Adakah anda yakin anda mampu untuk tanggung kos rawatan anda atau keluarga anda seperti jadual di atas sekiranya terjadi pada masa hadapan tanpa kad perubatan A-Medik ?

Hingga serendah RM52.00 sebulan anda mampu mengubah hidup anda dan keluarga dengan A-Medik memberi perlindungan sehingga 190k setiap tahun. Kad perubatan yang terbaik dari AIA AFG Takaful.



Adakah saya perlu menanggung sebarang perbelanjaan untuk penghospitalan?

JUST SWIPE "No Deposit" kini tanpa deposit untuk kemasukan hospital. AIA AFG Takaful adalah
yang pertama menggunakan kaedah swipe menggunakan kad perubatan yang telah ada
kandungan berjumlah RM2000.

DAN

A-Medik mempunyai Amaun Bebas Ko-Takaful. Anda mungkin perlu membayar sebahagian yang tertentu untuk perbelanjaan penghospitalan jika kos ini melebihi Amaun Bebas Ko-Takaful.
(Sila rujuk jadual di bahagian Amaun Bebas Ko-Takaful setiap tahun sijil)

Perbelanjaan layak yang melebihi Amaun Bebas Ko-Takaful adalah tertakluk kepada Amaun
Ko-Takaful sebanyak RM3,000 atau 10% daripada baki yang melebihi Amaun Bebas Ko-Takaful,
mana-mana yang lebih rendah.


Bagaimana AIA AFG Takaful A-Medik Membantu Pelan Perancangan Kewangan Anda?

Bagi yang masih bujang, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat perancangan jangka panjang. Di AIA AFG Takaful, perancangan Medical Card boleh dibuat ketika anda masih bujang hingga anda mempunyai ramai anak.

Ketika Bujang : Medical Card Individu
Ketika Baru Berkahwin(tiada anak) :Upgrade ke Medical Card Anda + Pasangan
Ketika Sudah ada anak:Upgrade ke Medical Card Keluarga atau Anda + Anak2.

Di AIA AFG Takaful, perancangan perbelanjaan perubatan boleh dilakukan dengan lebih cekap. Kalau ada 6 orang anak, anda tak perlu belikan 6 polisi untuk anak2 anda. Tapi 1 POLISI UNTUK SELURUH KELUARGA ANDA. JIMAT, KAN?

Jadi, perancangan perbelanjaan perubatan anda dan keluarga anda pada masa akan datang, bermula pada hari ini. Dan mulakan dengan AIA AFG Takaful untuk perancangan penjimatan jangka panjang (Bukan pada hari ini sahaja) Bermula dengan AIA AFG Takaful Medical Card pada hari ini, memudahkan anda untuk mengubah polisi pada masa depan ketika sudah berkahwin atau mempunyai anak2.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 017 665 7813
http://alhakimsafri.blogspot.com/
https://www.facebook.com/aiatakafulprotection

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
alhakimsafri
Views
754
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register