BTC USD 49,376.0 Gold USD 1,786.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Advance Instalment & Capital Repayment

apa itu Advance Instalment & Capital Repayment?

Kedua-dua Advance Instalment dan Capital Repayment akan mengurangkan baki tertunggak, dan boleh membantu anda untuk mengurangkan kadar keuntungan yang dikenakan keesokan harinya (Profit daily rest).

Advance Instalment:


  1. Tidak redrawable. Sebaik sahaja anda bank in, anda tidak boleh mengambil ia keluar dari akaun anda.
  2. Anda boleh menggunakan ia secara automatik untuk menolak ansuran bulanan pada masa depan, dengan syarat jumlah Advance Instalment anda mencukupi didalam akaun bagi potongan. Ini adalah berguna jika anda akan pergi ke luar negara untuk tempoh yang lama disana tiada kemudahan untuk membuat bayaran bulanan .
  3. Boleh membuat pembayaran dengan tunai (di kaunter), cek, mesin ATM, pemindahan antara bank, dan lain-lain

Capital Repayment:

  1. Redrawable ke saving akaun anda atau akaun semasa OCBC Bank, tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Anda masih perlu membuat pembayaran monthly rumah anda seperti biasa. Tidak seperti AP, auto deduct.
  3. Boleh membuat pembayaran dengan wang tunai (di kaunter) dan cek sahaja.

Terma dan syarat bagi Capital Repayment adalah seperti berikut:

  1. Redrawing perlu dibuat di cawangan OCBC
  2. Perlu apply Redrawing 3 hari sebelum boleh redraw
  3. RM10 akan dikenakan bagi setiap redraw
  4. Hanya 1 Redrawing setiap hari
  5. Redrawing mestilah dalam gandaan RM1000
  6. Jumlah minimum Redrawing adalah RM5000

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
ash6684
Views
1,381
Last update

More entries in Others

More entries from ash6684

Top
Log in Register