BTC USD 43,069.2 Gold USD 1,751.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah stop loss menjamin kerugian yang minimum?

Stop loss.png


Adakah stop loss menjamin kerugian yang minimum?

Adakah soalan ini pelik? Stop loss adalah untuk meminimumkan kerugian anda dan memastikan modal anda dilindungi dengan baik. Apabila anda sudah siap set, anda mungkin tertidur dengan sudah mengetahui bahawa dalam keadaan terburuk kerugian anda akan dipotong pada harga yang sudah anda tetapkan. Betulkan?

Malangnya, majoriti pedagang keliru bagaimana perdagangan dijalankan.

Semasa berdagang di MT4, anda mungkin melihat bahawa stop loss ditempatkan di antara pesanan yang belum selesai (pending order). Oleh itu, pesanan itu dihantar kepada broker dan mengambil tempat mengikut barisan bersama-sama dengan pesanan dagangan (pending order) yang dikumpulkan oleh broker. Kami jangkakan bahawa kami akan menjaga dan melindungi modal pada akaun perdagangan, apabila menunggu tibanya waktu dan bersedia untuk melawan harga walaupun tidak berada dalam keadaan tersebut. Kami juga menjangkakan harga akan diisi dengan harga yang telah ditetapkan dalam harga pesanan tertunda (pending order), tetapi adakalanya sering tidak menjadi.

Kadangkala anda akan mendapat slippage dan kadangkala tidak. Kenapa?

Jawapannya adalah dalam keadaan tertunda (pending order) . Stop loss dengan nama lain adalah stop order bermaksud akan menjadi aktif apabila harga mencapai tahapnya. Setelah diaktifkan ia menjadi pesanan pasaran yang diisi pada harga pertama yang tersedia. Dan di sinilah muslihatnya.

Pada waktu pasaran yang tenang dan lancar,terdapat banyak kecairan dan berita utama keluar dipasaran akan bergerak secara beransur-ansur dan selalunya pergerakkan menjadi pelahan. Anda boleh menjangkakan bahawa dalam beberapa saat yang sama banyak pesanan dapat diisi oleh broker dengan harga yang sama yang terdapat pada detik ini. Ini adalah ketika stop loss anda diisi tepat pada harga yang anda mahukan.

Tetapi jika berita melanda pasaran, atau pada waktu yang tidak stabil harga mungkin bergerak dengan cepat. Harga mungkin melompat dari satu tahap ke tahap yang lain. Banyak pedagang yang berusaha membuat pesanan ke arah yang sama mendorong harga lebih jauh dan lebih cepat sehingga anda tidak dapat mengejar kepantasan harga.

Apa yang akan terjadi selepas itu?
Sekiranya harga bergerak dan menyentuh pesanan stop loss anda, harga akan menjadi aktif. Tetapi kerana ia bergerak terlalu cepat, harga TERSEDIA seterusnya boleh jauh dari harga yang anda mahukan dalam pesanan stop loss anda. Kadang-kadang dalam beberapa saat harganya boleh naik ke beberapa pip. Malah kadang-kadang harga melonjak serta menunjukkan ada jurang harga dari satu-satu tahap.

Lihat contoh dibawah:

QIP Shot - Screen 1467.png

Terdapat jurang harga. Stop loss diaktifkan pada harga pertama selepas jurang. Kemudian ia diisi dengan harga pertama yang tersedia.

Ini adalah contoh slippage yang sempurna apabila harga pasaran bergerak pantas serta menunjukkan kadangkala stop loss juga boleh diisi dengan harga yang berbeza.

Adakah bermaksud anda tidak boleh menggunakannya?
Sama sekali tidak! Ianya lebih baik dilindungi dari anda kehilanga sejumlah modal dan hilang kesemuanya.

Sekiranya anda tidak pasti bagaimana perubahan harga berjalan semasa berita diumumkan,cuba anda berdagang dengan akaun bonus $30 secara percuma yang disediakan oleh broker. Ini adalah peluang bebas risiko untuk melihat bagaimana harga bergerak di akaun secara langsung, kerana akaun Selamat Datang ini dibuka di Pelayan Langsung (Live Server).

Gambar: https://bpcdn.co/images/2010/11/broker-slippage.png

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Tickmill
Views
306
Last update

More entries in Forex Broker

More entries from Tickmill

Top
Log in Register