BTC USD 62,832.2 Gold USD 1,735.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah fahaman ini merumitkan atau ia memang ajaran Islam sebenar?

Salam,
kepada semua umat Islam di CG ni.

Aku ada pertanyaanlah dan aku ingin bersifat neutral dalam perbincangan ni.Aku adalah jumpa beberapa kelompok manusia didalam perihal agama.Ada yang aku selesa dan ada juga yg aku kurang selesa.

Apa yang aku nak utarakan kat sini ialah pernah tak korang berjumpa dengan orang yang suka bercakap tentang agama tetapi lebih berkata macam ni

1.Kenallah diri dahulu baru kenal Allah
2.Carilah aku dalam aku,bla-bla
3.Ko kenal tak aku siapa?
4.Kalau kita solat berjemaah kita ada imam,tapi yg jadi imam tu berimamkan kepada siapa?
5.Tak guna ko tonggang tonggek,tapi tak mengenal siapa diri kau dahulu
6.dan macam-macam lagi

yang aku pelik kelompok ni lebih gemar bertanya seperti kita tak pernah belajar agama dan yang pelik lagi dia nak suruh kita berfikir bukannya dia bersifat menyampaikan..malah kadang-kadang gelak sinis kepada kita...terfikir aku adakah Rasulullah dahulu bersifat macam ni ketika menyampaikan ajaran Islam?

Sebab sepanjang aku membaca sirah nabi terutama Nabi Muhammad S.A.W tak pernah baginda tanya soalan-soalan "Carilah aku dalam diri aku,siapa aku itu...Aku,aku bla-bla"...tapi yg pelik kenapa bangsa kita lebih suka benda yang merumitkan walhal agama Islam itu mudah dan sempurna serta tidak merumitkan.

Korang pernah tak berjumpa orang sebegini??
Doakn biar kwn tu btambah ilmu dan amalnya... Nnti senyap la tu

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
ZerroCossong
Views
30
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register