BTC USD 17,228.3 Gold USD 1,789.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adab Dan Sunnah 'Simple' Bila Bangun Tidur

Dah bangun tidur? JOM SEMAK APA ADAB DAN SUNNAH 'SIMPLE' BILA BANGUN TIDUR...

1. Duduk dan usap-usap wajah, sapu-sapu wajah.
[HR. Ahmad: 2201]

2. Baca doa bangun tidur. Diantara bacaan yang baginda SAW rutinkan ketika bagun tidur iapah:

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَحْيَاناَ بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَ إِلَيْهِ النُّشُوْرُ
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah Dia mematikan kami, dan hanya kepada-Nya kami akan dibangkitkan.”
[HR. al-Bukhari: 6325]

3. Mencuci kedua tangan 3x sebelum mencelup/memasukkan tangan dalam bekas air.
[HR. al-Bukhari: 162]

4. Membersihkan lubang hidung 3x (istinsyaq).
[HR. al-Bukhari: 3295]

5. Gosok gigi/bersiwak.
[HR. al-Bukhari: 245]

6. Berwudhuk dan solat bagi hilangkan kemalasan.
[HR. al-Bukhari: 1142]

Ada lagi yang lain, cuma kalau kita boleh istiqomah dan buat ini pun dah Alhamdulillah.

Jom beramal !
Wallahu'alam.

Zonkuliah

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
TXT
Views
57
Last update

More entries in Others

More entries from TXT

Top
Log in Register