BTC USD 60,666.0 Gold USD 1,733.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 panduan mudah untuk rambut sihat

Nak Rambut Sihat? Mudah Jer..

o5_01.jpg

1) Sebelum tidur pastikan sisir rambut. Jika tidak menggunakan sikat sekali pun, lurutlah rambut menggunakan jari. Andainya anda mencuci rambut pada malam itu, olesan serum membantu untuk melembutkan tekstur rambut. Jangan tidur dengan rambut terikat. Apabila anda bergerak ketika tidur, rambut akan tersekat pada getah rambut. Ia tidak elok kerana rambut akan putus dan ada masanya ia memberi kesan kepada kulit kepala yang tertarik.

Katakan anda seorang yang lasak ketika tidur, gunakan sarung bantal satin kerana ia lebih lembut dan tidak menyekat pergerakan rambut. Menggunakan sarung bantal biasa akan memutuskan rambut anda. Ketika bangun dari tidur, rambut pasti menjadi kusut. Oleh itu, urut rambut perlahan2. Jika ada rambut yang gugur, ia adalah perkara normal. Kalau tiada, bonus buat anda.

2) Sisir rambut untuk memudahkan anda menyisir rambut, bahagikan rambut kepada beberapa bahagian. Gunakan sikat bergigi jarang supaya tiada rambut yang akan terputus. Sikat pada bahagian pangkal rambut sehingga hujungnya, tetapi elakkan daripada mengenai kulit kepala. Sikat rambut sehala sahaja untuk mengelakkan kekusutan. Jika anda mempunyai rambut kerinting atau rambut tebal, seeloknya lurut rambut dengan jari sebelum disisir dengan sikat.

Rambut basah lebih mudah disisir tetapi jangan pula anda menyikat rambut pada waktu ia betul2 basah. Apabila rambut sudah sedikit lembab, sapukan dengan serum sebelum anda menyisirnya. Untuk memudahkan anda, ( klik untuk baca selanjutnya )

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
kedai-lelaki
Views
1,052
Last update

More entries in Others

More entries from kedai-lelaki

Top
Log in Register