Peecock
Active Member
- Messages
- 1,265
- Joined
- Dec 6, 2007
- Messages
- 1,265
- Reaction score
- 2
- Points
- 25
Dalam bercakap soal Islam tiada siapapun dalam parti saya boleh melarang kerana ia adalah hak saya,’’ itulah jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Zukifli Noordin kepada penulis apabila ditanya tidakkah beliau bimbang untuk diwawancara oleh Mingguan Malaysia - akhbar yang diboikot oleh Pakatan Rakyat.
Sememangnya dalam mempertahankan Islam, Zulkifli dilihat salah seorang pemimpin yang paling lantang. Tanpa mempedulikan akibat daripada kelantangannya, Zulkifli pernah dihadap ke jawatankuasa disiplin PKR kerana membantah majlis forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam.
Bagi Zulkifli memperjuang dan mempertahankan Islam adalah agenda utama hidupnya, soal karier politik ‘‘itu saya serah kepada Allah menentukannya.’ Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR di pejabatnya di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Zulkifli secara terbuka bercakap soal betapa pentingnya umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik.
Beliau membangkitkan bagaimana kaum-kaum lain boleh bersatu apabila terdapat isu yang berkaitan dengan kepentingan mereka. Justeru kata beliau adalah sesuatu yang menghairankan apabila ahli-ahli politik Islam yang mempunyai akidah yang sama tidak mampu bersatu.
Malah apa yang mengecewakan beliau kelantangannya menegakkan perjuangan Islam turut ditegur oleh Ahli Parlimen Pas yang pada pandangan beliau seharusnya memberi sokongan. Justeru dalam menyatukan umat Islam, Zulkifli berpendapat berikutan sikap taksub kepartian yang masih lagi melumuri sesetengah pemimpin politik beliau mencadangkan Raja-Raja Melayu memainkan peranan pro aktif dalam soal itu. ‘‘Sudah tiba masanya kita bersatu demi Islam,’’ kata beliau.