Zulkifli jawab emel Anwar, dakwa penasihat PKR tidak neutral !

CG Sponsors




Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,691
Reaction score
1,525
Points
101


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengarahkan beliau memberi penjelasan berhubung laporan polis terhadap Khalid Samad, tidak bertindak secara neutral dalam isu itu.

Pada masa yang sama, Zulkifli menegaskan beliau tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap rakan sejawatannya dari PAS itu. "Saya tidak akan menarik balik laporan terhadap Khalid. Jika mahu saya menarik balik laporan polis, Khalid juga mesti menarik balik kenyataannya yang mendakwa enakmen agama Islam Selangor sudah ketinggalan zaman dan beliau juga perlu memohon maaf," kata beliau hari ini.
Zulkifli menyatakan demikian dalam respons yang dihantar kepada Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 11.30 pagi tadi menerusi emel. Beliau mengakui menerima emel daripada Anwar semalam. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Anwar sebagai seorang pemimpin dan beragama Islam seharusnya mengambil pendirian neutral dalam isu tersebut.

"Saya menulis kepada Anwar bahawa saya menghormati perbezaan pendapat sebagaimana dikatakan beliau dalam emelnya. Tetapi sebagai seorang pemimpin dan yang beragama Islam, beliau juga seharusnya mengambil tindakan yang neutral. "Sebaliknya beliau mengambil pendirian berpihak, beliau menyokongnya (kenyataan Khalid)," kata Zulkifli.

Dalam emel itu, kata Zulkifli, Anwar meminta beliau menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Khalid kelmarin dan harus menerima perbezaan pandangan yang wujud dalam parti termasuk dalam Pakatan Rakyat. Malah dalam emel itu, Anwar juga memaklumkan bahawa tindakannya akan dirujuk kepada biro politik, yang dijadual bersidang esok.

Semalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menegaskan, Zulkifli akan berhadapan dengan tindakan disiplin atas tindakan terbarunya ini. Selain mengatakan Zulkifli sudah melampaui batasan, Anwar berkata, beliau turut kecewa dengan tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid.

Anwar mengesahkan beliau telah menulis kepada Zulkifli dan mengharapkan penjelasannya sebelum esok. Mengulas lanjut jawapan yang dihantar kepada Anwar, Zulkfili menjelaskan, beliau tiada masalah dengan PKR dan PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat. Sebaliknya, tambah beliau, hanya Khalid yang telah melampuai batasan dengan mengesyorkan agar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dikaji semula atas alasan sudah ketinggalan zaman.

"Saya membuat laporan polis kerana Khalid secara peribadi telah membuat kenyataan sedemikian yang pada pandangan saya telah membuat kenyataan bersifat jenayah.
"Saya merasakan beliau telah menghina umat Islam, sekali gus mengetepikan sokongan umat Islam dari Pakatan," katanya. Mengenai kemungkinan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin, Zulkifli berkata, beliau bersedia dan tidak risau untuk berhadapan dengan apa juga tindakan.

"Parti mempunyai segala hak untuk mengambil tindakan dan saya juga mempunyai hak untuk memberikan pandangan," katanya. "Saya merasakan parti seharusnya menghargai pandangan saya... saya memberi pandangan yang memihak kepada parti agar sokongan umat Islam tidak beralih daripada Pakatan," katanya lagi.

Tengah hari semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan PKR mengambil tindakan disiplin terhadap Zulkifli yang membuat aduan di bawah Akta Hasutan terhadap Khalid. Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Tindakan YB Zulkifli bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat," kata beliau sambil menambah tindakannya itu adalah ala Umno. Hari ini, salah seorang pemimpin PKR Datuk zaid Ibrahim menggesa agar parti itu memecat Zulkifli atas tindakannya itu.

Anwar kecewa, mahu rujuk Zulkifli ke jawatankuasa disiplin!

Anwar Ibrahim menegaskan ahli Parlimen parti bagi kawasan Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin akan berhadapan dengan tindakan disiplin. Kata Anwar, wakil rakyat itu sudah melampaui batasan, malah beliau turut kecewa dengan tindakan terbarunya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.

"Saya sentiasa berikan beliau ruang untuk menyatakan pandangan tetapi bukan selalu saya bersetuju dengannya."Saya telah menasihatkan beliau agar tidak menyebabkan ketegangan di kalangan rakan kami (Pakatan Rakyat) tetapi beliau telah melepasi batasan," kata beliau selepas menyampaikan ceramah perdana di Taman Keramat di sini malam tadi.

Anwar mengesahkan beliau telah menulis kepada Zulkifli dan mengharapkan penjelasannya sebelum esok. "Saya telah menghantar emel kepada beliau, jadi beliau akan memberikan penjelasan sebab saya mahu merujuk perkara ini kepada jawatankuasa disiplin dan biro politik yang akan mengadakan mesyuarat pada Selasa ini (esok).

"Saya berharap beliau boleh menyediakan jawapannya sebelum itu," kata Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat. Anwar juga ditanya mengapa Zulkifli tidak pernah dirujuk kepada kepimpinan parti. "(Kini) saya didesak untuk meminta kepimpinan parti agar mengesyorkan tindakan sesuai terhadap beliau.

"Beliau seharusnya datang kepada kami, mengapa tidak anda membawanya kepada kepimpinan parti? Beliau tidak pernah menyampaikan kepada kami," katanya.
Bagaimanapun Anwar percaya bahawa Zulkifli seharusnya diberikan peluang untuk menjelaskan pendirian beliau.

"Saya tidak percaya pada permintaan dipecat sebelum proses yang sewajarnya dan benarkan beliau memberi penjelasan," katanya. Petang semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan PKR mengambil tindakan disiplin terhadap Zulkifli yang membuat aduan di bawah Akta Hasutan terhadap Khalid.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.
"Tindakan YB Zulkifli bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat," kata beliau sambil menambah tindakannya itu adalah ala Umno.

Zulkifli yang pernah disiasat jawatankuasa disiplin PKR dua tahun lalu berhubung isu lain, kelmarin membuat aduan polis ekoran saranan Khalid agar enakmen agama Islam Selangor disemak atas alasan ia sudah ketinggalan zaman. Khalid juga berucap pada ceramah perdana malam tadi yang dianjurkan oleh AMK.
 
Sponsored Post

faizal

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2007
Messages
737
Reaction score
0
Points
10
YB Zulkufli Nordin seorg peguam yg banyak mengendalikan kes berkaitan agama islam contohnya kes murtad, laungan azan..pendapat beliau dlm isu ini tegas, tanpa berkompromi sebab tau kesan jangka panjang..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register