Zul perjelas gosip hubungan cinta dengan Abby

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR - "Saya dan Abby tiada hubungan cinta,'' kata pelakon baru, Zulkifli Ariffin yang menepis desas-desus menyatakan dia kini merupakan teman lelaki aktres yang baru bergelar janda, Abby Abadi.

Zulkifli, 22, juga berkata: "Saya (hanya) bekerja dengannya."

Pelakon kacak itu dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini bersama Abby ketika prosiding penceraian Abby dengan bekas suaminya, Norman Hakim kelmarin.

Kata Zulkifli, hubungannya dengan Abby, 32, hanya sekadar teman dan rakan sekerja.

"Semalam ramai yang tertanya-tanya tujuan saya datang ke prosiding cerai Abby. Bagi saya, perkara ini tidak ada apa-apa pun untuk dihebohkan.

"Bukan saya seorang sahaja datang. Kawan-kawan Abby yang lain pun datang memberi sokongan kepadanya. Sama juga seperti mereka, saya hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan.

"Perlu diingat, saya bekerja dengannya dan dibayar untuk membantu Abby menguruskan hal-hal berkaitan dengan penggambaran drama. Tidak ada salahnya kalau saya berada di mahkamah pada waktu itu,'' katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan tindakan Zulkifli yang menemani Abby pada prosiding perceraiannya dengan Norman di mahkamah tersebut telah menimbulkan tanda tanya tentang bentuk hubungan mereka.

Zulkifli, pendatang baru dalam siri drama Gerak Khas, sebelum ini dikaitkan antara punca keretakan rumah tangga Abby dan Norman. Pelakon kacak itu bakal menggantikan Norman dalam drama kepolisan bersiri itu bermula Januari ini.

Abby akan digandingkan dengan Zulkifli sebagai pasangan barunya dalam drama bersiri itu. Abby juga pernah memberitahu bahawa Zulkifli hanya kawan dan tidak ada apa-apa yang istimewa antara mereka.

Abby dah jadi janda meletop ker...belum lepas edah lagi dah ada ang nak...
 
Sponsored Post

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101
kalu norman boleh...aku pun boleh...xgitu abby
 

viper21my

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2006
Messages
7,561
Reaction score
145
Points
73
awal-awal pagi eboss dah siar briter :Dm tak yah tgk paper la gamaknya
 

ba-e-segan

Active Member
Joined
Jun 3, 2008
Messages
1,016
Reaction score
1
Points
25
aku pon heran..tindakan abby yg.beria-ia benar nak ceraikan norman..renungkan pempoan cerai laki...rupa-rupanya dia ada tujuan lain....kalolah cerita hang benar..
 

alluring_angel

Fun Poster
Joined
Jun 27, 2008
Messages
995
Reaction score
76
Points
20
aku pon heran..tindakan abby yg.beria-ia benar nak ceraikan norman..renungkan pempoan cerai laki...rupa-rupanya dia ada tujuan lain....kalolah cerita hang benar..
die bkn nak ceraikn norman..die mtk cerai dari norman...dah lah norman lbh 4 bln x bgi nafkah zahir n batin, kes suami tangkap khalwat plak n now sbuk pi bertandang ke kota tinggi tgk famii mimiey...dari hdp terseksa baik mtk lpas cara baik..

jap lagi dgr cite norman kawen plak..tah2 pi thailand
 

kasmarol

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
9,934
Reaction score
59
Points
80
aku pon heran..tindakan abby yg.beria-ia benar nak ceraikan norman..renungkan pempoan cerai laki...rupa-rupanya dia ada tujuan lain....kalolah cerita hang benar..
hmm ye kot:-?
 

gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
die bkn nak ceraikn norman..die mtk cerai dari norman...dah lah norman lbh 4 bln x bgi nafkah zahir n batin, kes suami tangkap khalwat plak n now sbuk pi bertandang ke kota tinggi tgk famii mimiey...dari hdp terseksa baik mtk lpas cara baik..

jap lagi dgr cite norman kawen plak..tah2 pi thailand
kalau aku abby..aku flying kick ajer ~X(
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian,

Berkawan dahulu, berkahwin kemudian !
 

sevenx17

Active+ Member
Joined
Apr 15, 2008
Messages
2,792
Reaction score
0
Points
20
ler..abby kan dah kire expired
apa daaaaaa......
 
Sponsored Post
Top
Log in Register