Zul Ariffin tamat zaman bujang tahun depan, “Wanita itu bukan Muslim, biar dia peluk Islam seikhlas hati”

Recommended Brokers


my360cam

Active Member
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,112
Reaction score
44
Points
30
PELAKON Zul Ariffin memberitahu dia merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hati pada tahun depan.

Zul bagaimanapun berkata, dia masih belum menemui tarikh yang sesuai dan akan memaklumkan mengenai perkara itu apabila semuanya sudah pasti.

"Saya merancang untuk berkahwin pada tahun 2020 memandangkan tahun itu agak cantik untuk mendirikan rumah tangga.


"Tapi masih belum ada lagi tarikh atau bulan yang sebenar kerana semuanya masih dalam perancangan, kalau jadi kahwin saya akan jemput. Tiada sebarang sidang media!

"Sekarang ini saya dah malas nak bercinta, kalau okay kita terus kahwin, tunggu sahaja apabila tiba waktunya," katanya kepada mStar.



Zul mahu tamatkan zaman bujang.

Zul ditemui semasa tayangan perdana filem Sangkar yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Sangkar arahan Kabir Bhatia turut menampilkan pelakon hebat antaranya Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Aman Graseka, Fadlan Hazim, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 29 Ogos ini.



Pelakon utama filem Sangkar; Zul Ariffin, Mira Filzah dan Remy Ishak.

Sementara itu, Zul memberitahu dia masih belum bersedia mendedahkan identiti wanita yang bakal menjadi isterinya itu.

Ini berikutan dia perlu menjaga beberapa sensitiviti memandangkan wanita tersebut berlainan agama dan perlu melalui beberapa proses sebelum berkahwin.

"Niat nak kahwin ini benda baik dan tak salah beritahu, cumanya selagi belum pasti kita tak nak heboh-heboh.



Aksi Zul Ariffin dalam filem Sangkar.

"Sebabnya ia ada berkaitan agama, wanita itu bukan Muslim dan saya tak mahu orang kata wanita itu peluk Islam hanya kerana nak kahwin.

"Dalam hal ini memerlukan sedikit masa dan biarlah dia memeluk Islam seikhlas hati dan kita bantu apa yang perlu," ujarnya.

Kalau jadi kahwin saya akan jemput. Tapi tiada sebarang sidang media!

Sebelum ini, Zul pernah digosipkan kononnya menjalinkan hubungan cinta dengan wanita Ukraine.

Zul bagaimanapun menafikan mengenai perkara itu dan memberitahu mereka hanya berkawan.

Pelakon filem J Revolusi ini turut pernah dikaitkan dengan penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.
 
Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,610
Reaction score
1,777
Points
141
elizabeth ke??? moga2 dapat islamkan dia dgn baik..
 

butterland

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,414
Reaction score
207
Points
123
abam zul mmg mnat bkn melayu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register