BTC USD 47,046.5 Gold USD 1,753.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zoom Perkenal Immersive View, Pemandangan Lebih Semula Jadi

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
Zoom Perkenal Immersive View Yang Menawarkan Pemandangan Yang Lebih Semula Jadi;

Zoom ialah aplikasi yang hanya setahun lalu tidak ramai tahu akan kewujudannya apakan pula digunakan hampir setiap hari. Dengan pandemik menjangkiti jutaan manusia di seluruh dunia, Zoom menjadi platform pilihan kerana mampu menampung puluhan pengguna telesidang serentak tanpa secara percuma. Mereka telah memperkenalkan sebuah ciri baharu Immersive View yang akan menawarkan pemandangan yang lebih semula jadi.

Immersive View akan meletakkan peserta sesi telesidang dalam situasi yang kelihatan lebih semula jadi. Sebagai contoh peserta akan disusun di dalam bilik mesyuarat, kelas atau galeri seni. Zoom memberikan beberapa pilihan latar belakang tetapi pengguna boleh menaikkan imej pilihan sendiri sekiranya perlu.

Menurut Zoom dengan latar belakang baharu dan peserta disusun seperti di dunia sebenar, masalah “keletihan Zoom” yang kini menjadi terma norma akan dapat diselesaikan. Selama ini pengguna Zoom secara berkumpulan dipaparkan dalam bentuk grid yang akan membosankan. Sungguhpun begitu paparan klasik ini masih lagi disokong bagi mereka yang belum bersedia untuk melakukan perubahan.

Zoom Immersive View boleh digunakan pelanggan berbayar dan percuma hari ini. Pada waktu ini ia hanya boleh menyokong sehingga 25 peserta pada satu-satu masa. Jika terdapat lebih banyak peserta, paparan klasik grid sahaja boleh digunakan. Ini sebenarnya bukanlah ciri baharu tetapi telah disokong Micorsoft Teams terlebih dahulu.

Zoom-Immersive-View-A-950x594.jpg.webp

Sumber asal https://blog.zoom.us/introducing-zoom-immersive-view/
 

CG Sponsors




Top
Log in Register