Real Madrid ZONA EXCLUSIVA - EL REAL MADRID en el Parlamento Europeo

CG Sponsors




QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,895
Reaction score
181
Points
88
Nasib baik menang,tu pun struggle jgk madrid nak menang game ni...nampak beza game madrid skang dgn masa ada ronaldo.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226

📅 25 Years Ago Today:

🇪🇸 @RaulGonzalez made his @RealMadrid debut

⚪ His @RealMadrid career:

🏟 741 Games
⚽ 323 Goals
🎯 107 Assists

6 🏆🇪🇸 La Liga
4 🏆🇪🇸 Supercopa de Espana
3 🏆🇪🇺 Champions League
2 🏆🌍 Intercontinental Cup
1 🏆🇪🇺 UEFA Super Cup

🙌 Legend
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226

On Saturday, @thibautcourtois broke former @realmadrid shot-stopper Keylor Navas' record! ⚽🔥

After the game, he revealed how he was able to achieve the feat, after starting the season poorly. 😯💯✨

#Courtois #RealMadrid #LaLiga #Zidane
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226

Bale blasted by Spanish press after flag celebrations
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226


Zinedine Zidane. - Foto AFP
Zidane masih sayang Bale


MADRID: Apabila Zinedine Zidane menggugurkan Gareth Bale pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain tahun lalu, pemain sayap itu percaya ia adalah permulaan kepada pengakhiran dirinya di Real Madrid.

Dua musim berlalu namun dia masih kekal dengan Real, malah bakal bertemu PSG sekali lagi di Santiago Bernabeu awal pagi Rabu ini, dengan masa depan pemain Wales itu masih dalam persoalan serta kehadirannya dalam kalangan peminat tidak pernah pudar.

Dua perlawanan terakhir Real dalam saingan 16 terakhir menentang PSG pada Liga Juara-Juara 2018 adalah pada penghujung penggal pertama Zidane sebagai jurulatih dan menuju ke kejayaan ketiga berturut-turut gelaran di Eropah, menandakan titik perubahan hubungan Bale dan jurulatih itu.

Meninggalkan Bale ketika itu, Zidane menyampaikan mesej jelas: dia tidak mempercayai Bale dalam perlawanan besar. Kedua-duanya sukar dilihat bercakap sepanjang baki musim biarpun Bale menjaringkan dua gol apabila menjadi pemain gantian pada final menentang Liverpool.

Bale kelihatan mahu meninggalkan kelab itu pada musim panas namun Zidane pula yang pergi apabila meletak jawatan secara mengejut dan kini jurulatih itu kembali tetapi hubungan mereka masih dingin.

Tetapi beberapa minggu lalu, ketika sikap Bale menjadi tumpuan dan mengundang kritikan, Zidane pula dengan tegas mempertahankannya.

Apabila Bale kembali ke London untuk bertemu ejennya awal bulan ini, Zidane berkata dia memperoleh kebenaran untuk pergi. Apabila Bale menyertai Wales meskipun tidak menyertai enam perlawanan Real Madrid berikutan cedera, Zidane berkata ia adalah masa yang tidak tepat.

Dan apabila Bale mencetuskan kontroversi dengan mempamer bendera yang meletakkan kelab itu sebagai keutamaan paling rendah berbanding negara asalnya dan permainan golf, Zidane meminta peminat untuk mengingati pencapaiannya.

"Saya sudah katakan sebelum ini, kami perlukan peminat bersama kami," kata Zidane selepas Real menewaskan Real Sociedad 3-1 pada aksi La Liga, kelmarin.

"Terlalu banyak khabar angin dan ia agak keterlaluan. Dia mahu bersama kami dan melakukan dengan baik dan dia sudah lakukan itu. Cakap-cakap itu tidak perlu. Dia memainkan peranan besar dalam pasukan dan kami bersama-sama dengannya." - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226


Penyerang Real Madrid, Karim Benzema meraikan jaringan golnya ketika menentang PSG, pagi tadi. - Foto REUTERS
Real mara selepas seri berdepan PSG


MADRID: Real Madrid kembali meraih rentak selaku pencabar utama di Liga Juara-Juara apabila mempamer aksi memukau namun terpaksa akur apabila seri 2-2 ketika berdepan Paris St Germain (PSG) yang muncul juara Kumpulan A dalam saingan di laman sendiri pagi tadi.

Real melebarkan rekod kemaraan ke pusingan kalah mati untuk tempoh 23 tahun hasil keputusan Club Bruges yang seri 1-1 berdepan juara Turki, Galatasaray, pagi tadi.

PSG yang sudahpun melayakkan diri sebelum ini menewaskan Real 3-0 September lalu.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi tebaik mereka dalam pertembungan di Santiago Bernabeu itu.

Karim Benzema menemui sasaran pada minit ke-17 untuk merakam jaringan ke-100 di Liga Juara-Juara dan sekali lagi membocorkan gawang lawan menerusi tandukan pada minit ke-79.

Namun Kylian Mbappe segera membalas pada minit ke-81 dengan memanfaatkan kesilapan penjaga gol Real, Thibaut Courtois sebelum Pablo Sarabia meledak gol penyamaan seminit kemudian.

Kebangkitan PSG sudah diduga selepas sayap Real, Eden Hazard bergelut di babak kedua apabila cedera di buku lali meskipun penggantinya, Gareth Bale nyaris menemui sasaran selepas cubaannya terkena palang.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane bingung melihat anak buahnya gagal menyambar peluang namun tetap puas hati dengan persembahanya pemain Real.

"Saya gembira dengan segala-gala yang diberikan setiap pemain. Mereka semua memperagakan aksi terbaik. Perlawanan tadi memang berlangsung dalam aksi terhebat,” katanya.

"Pemain berhak diberi pujian. Saya lazimnya jarang memuji mereka tetapi selepas menilai perlawanan 90 minit itu saya percayai mereka.”

Zidane dalam pada itu mengakui bimbang dengan kecederaan Hazard yang memperaga watak sebenar selepas bermula hambar awal musim sejak tiba di Real, namun tidak memberikan butiran terperinci mengenainya.

Sementara itu, pemain midfield PSG, Marco Veratti mengakui barisannya gagal menandingi kehebatan tuan rumah namun turut memuji reaksi kebangkitan yang dipamerkan.

"Pada separuh masa pertama, kami tidak memperagakan aksi sebenar dan banyak bergelut, memang sukar berdepan mereka di sini. Hanya beberapa pasukan yang boleh menang di sini,” katanya.

"Kami kembali bersemangat pada babak kedua, meskipun banyak terlepas peluang, kami berjaya beraksi pada tahap sebenar yang kami harapkan.”

PSG muncul juara Kumpulan A dengan 13 mata daripada lima perlawanan manakala Real di tangga kedua dengan lapan mata.

Club Bruges, yang akan dikunjungi Real pada aksi terakhir kumpulan bulan depan menduduki tangga ketiga dengan tiga mata manakala Galatasaray yang akan berkunjung ke PSG, sekadar mengutip dua mata di tangga keempat. – Reuters


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226


Eden Hazard dipapah keluar oleh dua pegawai perubatan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Paris St Germain, pagi tadi. - Foto REUTERS
Real berdebar tunggu imbasan Hazard


MADRID: Eden Hazard akan menjalani ujian imbasan hari ini selepas buku lalinya terseliuh ketika membantu Real Madrid berdepan Paris Saint-Germain di Santiago Bernabeu dalam Liga Juara-Juara yang berakhir seri 2-2, pagi tadi.

Bintang sensasi Belgium itu cedera ketika aksi Kumpulan A itu berbaki 21 minit yang menyaksikan Madrid dua kali mendahului pelawat menerusi sentuhan Karim Benzema.

Madrid, kini amat berharap kecederaan Hazard itu tidak serius tatkala sayap Belgium itu kian meningkat sejak tiba ke Real musim ini.

"Hazard mengalami kesakitan di bahagian buku lali. Pasukan perubatan akan menjalankan ujian ke atasnya. Kami perlu tunggu,” kata Pengarah Madrid, Emilio Butragueno yang dipetik akhbar Marca, hari ini.

Madrid dalam pada itu banyak kali dinafikan peluang oleh ketangkasan bekas penjaga golnya, Keylor Navas sambil Butragueno memuji bintang kelahiran Costa Rica itu.

"Keylor adalah pemain yang banyak meningalkan jasanya di sini,” katanya.

"Kami semua di sini masih sayangkannya. Dia berhak diberikan pujian.”

Gol PSG dijaringkan Kylian Mbappe pada minit ke-81 dengan memanfaatkan kesilapan penjaga gol Real, Thibaut Courtois sebelum Pablo Sarabia meledak gol penyamaan seminit kemudian. – Agensi


 
Sponsored Post
Top
Log in Register