BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Zombi' mengganas di Mexico

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
du_041-31.jpg

ORANG RAMAI berpakaian seperti zombi bergaya di depan kamera semasa menyertai perarakan zombi di Bandar Raya Mexico kelmarin.

BANDAR RAYA MEXICO - Beribu-ribu orang memakai kostum dan mekap menyerupai mayat hidup berhimpun di pusat bandar raya ini sempena acara Jalan Kaki Zombi bertujuan untuk mencatat rekod dunia.

Penganjur acara berkenaan, Pablo Guisa berkata, acara tahunan tersebut yang berlangsung semalam disertai seramai 9,860 peserta.

Selain mencatat rekod dunia, para peserta turut mengumpul derma untuk disumbangkan kepada bank makanan tempatan.

Banyak bandar raya di seluruh dunia mengadakan acara serupa dengan rekod dunia Cities Guinness World Records mengiktiraf Asbury Park, New Jersey, sebagai pemegang rekod dunia dengan 4,093 peserta pada 30 Oktober 2010.

Sebuah kumpulan di bandar raya Brisbane, Australia telah memohon untuk rekod dunia kategori berkenaan apabila mendakwa ia berjaya mengumpulkan seramai 8,000 'zombi' pada bulan lalu. - Agensi
 
diorg seronok jadi hantu.... hidup sebenar diorg pn dh mcm hantu...
 
nak wat siri "dead walk" versi mexico la tu...
 
hamka berkata ramai mayat2 hidup berkeliaran pada akhir zaman
 
dah elok2 jd manusia nak jd hantu....mmg perangai pun mcm hantu
 
Back
Top
Log in Register