BTC USD 49,206.8 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zizie belum nikah - Ibu

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Belum bernikah dan tidak ada sebarang majlis resepsi dalam waktu terdekat ini.

Itu reaksi ibu pelakon terkenal Zizie Izette, Khaty Fauziah berhubung laporan konon anaknya sudah bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Menurut Khaty, apa yang dilaporkan dalam laman-laman web semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya.

"Sumpah demi Allah, Zizie belum bernikah lagi. Kalau ada, saya akan jemput anda semua datang majlis perkahwinannya," katanya meluangkan masa diinterviu wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! selepas membeli-belah di KLCC hari ini.

Pada masa yang sama, Khaty memberitahu, dia merestui Zizie untuk bernikah dengan sesiapa sahaja lelaki pilihannya termasuk Bung Moktar.

"Kalau sudah jodoh anak saya dengan beliau (Bung Moktar) saya terima seadanya. Ajal, maut dan pertemuan semuanya kerja Allah, siapa saya untuk menghalang semua ini daripada berlaku," jelasnya.

Khaty yang tidak menafikan pernah beberapa kali bertemu Bung Moktar menyifatkan wakil rakyat itu sebagai seorang lelaki yang baik hati dan jujur.

"Tidak hairanlah kenapa beliau disayangi oleh masyarakat di kawasannya serta disenangi banyak pihak," katanya menggambarkan peribadi Bung Moktar.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) itu sudah menyuarakan hasrat untuk meminang Zizie, Khaty berkata, perkara itu hanya berlaku antara mereka berdua.

"Saya hanya dimaklumkan oleh Zizie bahawa Bung Moktar ada melamarnya sebagai isteri tetapi itu antara mereka berdua, tidak lagi secara rasmi melalui saya," katanya.

Sepanjang perbualan dengannya, telefon bimbit Khaty tidak putus-putus berdering dan sebilangan besar panggilan itu diterimanya daripada wartawan yang inginkan pengesahan pernikahan anaknya itu.

Pada pertemuan itu, Khaty turut memohon kerjasama semua pihak agar tidak membesar-besarkan cerita peribadi anaknya.

"Saya harap semua pihak faham keadaan Zizie. Bukan mudah untuk dia membuat keputusan kerana ada hati yang perlu dijaga.

"Semua orang sedia maklum, beliau (Bung Moktar) sudah berkeluarga dan ada hati yang perlu Zizie jaga. Kami tidak mahu membiarkan hati pihak lain terguris," pinta Khaty dalam nada yang sebak.

Khaty sedar apabila anaknya dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang, sudah tentu mereka sekeluarga akan menerima tempiasnya.

Namun dalam hal ini, Khaty tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak meskipun hati kecilnya sedikit tersinggung dengan pandangan negatif setengah pihak.

"Anak saya bukannya muda lagi. Dia sudah 31 tahun, sudah matang. Selama 14 tahun bergelar artis, sudah banyak pengalaman yang dilaluinya.

"Saya juga percaya Zizie akan membuat pelbagai pertimbangan dan mengambil kira banyak hal sebelum membuat keputusan bernikah apatah lagi dengan suami orang," katanya.

Selepas temu bual, Khaty turut membawa kami meninjau kediamannya di Bukit Antarabangsa bagi membuktikan tidak ada sebarang persiapan majlis pernikahan Zizie dengan Bung Moktar.

Sementara itu, Utusan Malaysia turut menghubungi telefon bimbit Zizie namun panggilan tidak berjawab sehingga lewat petang.
 
Sponsored Post

lah7257

Active Member
Messages
1,971
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,971
Reaction score
5
Points
25
Putih gebu.... Tomey tomey pak muluk...
 

MrMama

Active Member
Messages
1,631
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,631
Reaction score
7
Points
25
biar betul mak dia sendiri yg cakap bung mokhtar:-?
 

Niyang

CG Top Poster Club
Messages
42,544
Joined
May 13, 2009
Messages
42,544
Reaction score
1,501
Points
201
Apesal lh byk2 org tua kt mesia nih... Si tua poyo tuh gak dier pilih... jodoh...jodoh.. huhuh....Materialistik tol...
 

biomedik

Active+ Member
Messages
4,546
Joined
Sep 24, 2006
Messages
4,546
Reaction score
265
Points
41
mcm mak zizie lak yg suka kat bung mokthar ni...mmmm
 

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Dah x dok kot lelaki dalam Mesia nih sampai kena cari suami org :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register