BTC USD 34,569.7 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zeti ‘mungkin cukup tahu’ psl wang drp Jho Low dlm akaun sykt suami?

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Jawablah Zeti! Najib desak bekas gabenor Bank Negara perjelas dakwaan terima dana 1MDB

December 29, 2020 11:10 AM

Najib-Razak-dan-Zeti-Aziz.jpg

Pada Julai 2018, Zeti dalam kenyataan terbukanya menafikan dakwaan Najib bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas perdana menteri itu.

PETALING JAYA: Najib Razak mendesak bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Aziz, menjawab pendedahan sebuah laman blog yang membongkar beberapa dokumen yang dikaitkan dengan keluarganya, yang didakwa pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, termasuk dari 1MDB ke akaun mereka di Singapura.

“Sejurus selepas pilihan raya umum ke-14, bekas gabenor BNM sejak 2000 pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata dia nafi tahu kewujudan dana atau tahu mengenai apa-apa transaksi dalam akaun saya termasuk dana yang dikatakan RM2.6 bilion itu.

“Masa itu, saya amat hairan kenapa dia boleh cakap begitu sedangkan dia yang nasihat saya untuk buka akaun atas nama saya sendiri (dan bukan atas nama parti) untuk menerima dana asing tersebut dan mana mungkin seorang gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion masuk ke dalam akaun bank atas nama perdana menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM,” kata bekas perdana menteri itu di Facebook.

Laman MalaysiaToday semalam mendakwa pegawai kanan di AmInvestment Bank Bhd (AmInvestment) didakwa bersekongkol untuk membantu dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Low, menjana keuntungan berjuta-juta daripada bon 1MDB pada hari pertama ia dikeluarkan.



Penjualan bon bernilai RM5 bilion itu dikatakan diatur oleh AmInvestment dan diluluskan oleh ketua eksekutif TIA ketika itu, Shahrol Halmi, walaupun mendapat bantahan daripada pemegang saham, kerajaan Terengganu.

Penerbitan bon bernilai RM5 bilion, yang kononnya untuk pembangunan bersama Pulau Bidong dengan Mubadala, dibuat terburu-buru atas nasihat penasihat khas TIA tanpa menyelesaikan isu dibangkitkan oleh lembaga pengarahnya.

Wang yang diperoleh 1MDB daripada bon tersebut digunakan untuk membayar USD1 bilion kepada PetroSaudi JV. Bagaimanapun, penyiasat kes itu juga mengesahkan USD700 juta dipindahkan ke syarikat yang dikaitkan dengan Low, Good Star Ltd.

Low kemudian didakwa memindahkan berjuta dolar kepada pelbagai individu dan entiti termasuk suami Zeti, Tawfiq Ayman, menerusi syarikat yang dikaitkan dengannya, Cutting Edge Industries Ltd, dalam satu surat bertarikh 13 Mac 2019.


Pada Julai 2018, Zeti dalam kenyataan terbukanya menafikan dakwaan Najib bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas perdana menteri itu.

Sebelum itu, dalam temubual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, Najib mendakwa Zeti ketika menjadi gabenor BNM menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum pilihan raya umum 2013, namun tidak pernah mempersoalkan perkara itu.

Usaha FMT mendapatkan Zeti yang juga pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), untuk menjawab dakwaan itu tidak berhasil kerana beliau difahamkan sedang bercuti ketika ini.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Zeti perlu jawab dakwaan keluarga terima dana 1MDB, kata Patriot

December 31, 2020 11:35 AM

Arshad-Raji-n-Zeti-Akhtar-Aziz-Collage-311220.jpg

Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji berkata, bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz tidak harus terus membisu berhubung dakwaan terhadap keluarganya.

PETALING JAYA: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata, bekas gabenor Bank Negara (BNM) Zeti Aziz perlu menjelaskan dakwaan bahawa keluarganya pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho.

Presiden Mohamed Arshad Raji dalam kenyataan berkata, ia adalah dakwaan yang berat dan mengancam integriti bank pusat dan institusi kewangan negara.

Katanya, tanpa menghiraukan sama ada Malaysia Today, laman yang membuat dakwaan itu, boleh dipercayai atau tidak, “tetapi mengambil kira kemungkinan kesan akibat dakwaan berkenaan, Zeti tidak boleh terus membisu dan mesti menjelaskan serta-merta.”


Pada Selasa, bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa bekas gabenor itu pernah menasihatkan beliau supaya membuka akaun atas namanya untuk menerima dana asing yang kemudiannya dikaitkan dengan skandal 1MDB.



Najib berkata, Zeti pernah mengeluarkan kenyataan sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 menafikan beliau menyedari kewujudan dana itu atau mengenai apa-apa transaksi dalam akaun Ahli Parlimen Pekan itu, termasuk dana berjumlah RM2.6 bilion.

Arshad berkata mustahil BNM tidak menyedari wang yang begitu besar itu dimasukkan ke dalam sesebuah akaun peribadi.

“Sekiranya dana itu daripada sumbangan peribadi, usaha wajar harus dijalankan tanpa mengira sama ada seorang menteri berkata beliau pernah bertemu penderma dana itu.

“Bank Negara harus membuat keputusan secara autonomi. Pegawai di BNM tidak bertanggungjawab kepada ahli politik parti pemerintah,” katanya.

Arshad turut menggesa satu siasatan menyeluruh dijalankan.

“Patriot dan masyarakat mahu tahu hasil siasatan berkenaan.”

Semalam, Exco Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun Kamaruddin, membuat laporan polis terhadap dakwaan sama dan berharap polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan segera dengan memanggil Zeti serta keluarganya.

Beliau turut mempersoalkan kesahihan transaksi membabitkan keluarga Zeti, serta jika ia mempunyai kaitan dengan dana 1MDB dan Jho Low.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Akaun luar pesisir ‘petunjuk’ ahli keluarga Zeti terima wang 1MDB, kata Anwar Ibrahim

December 31, 2020 5:22 PM

Anwar-Ibrahim-n-Zeti-Ibrahim-collage-311220.jpg

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang 1MDB menerusi akaun mereka di Singapura.

“Beliau (Zeti) mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low,” kata Anwar.

“Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini,” tambah Anwar.

Beliau berkata skandal 1MDB tidak mungkin berlaku “tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.”

Anwar berkata maklumat terkini berhubung kemungkinan keterlibatan Zeti dalam skandal 1MDB ini adalah berkait dengan pembekuan wang yang berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura.

“Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Zeti,” kata Anwar.

Beliau yang juga presiden PKR berkata Zeti harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB.


Zeti juga perlu menjelaskan kenapa sebagai gabenor BNM, “beliau telah dengan sedar” membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik,” kata Anwar.

Anwar berkata pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga Zeti dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, dan bank-bank di negara jiran Singapura menampakkan Malaysia masih jauh dalam mencari jalan keluar dari skandal berkenaan.

Anwar berkata mereka yang bersekongkol mesti juga bertanggungjawab kerana “tidak mungkin skandal maha dahsyat ini terwujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.”

Beliau berkata imej dan reputasi buruk kepada negara kesan dari skandal ini masih belum pulih sepenuhnya dan menegaskan keperluan “mereka yang mendapat faedah dan laba dari kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan.”

Anwar berkata kegagalan menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan.

“Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan, kebertanggungjawaban, dan melawan rasuah,” kata beliau.

Anwar berkata kerajaan Singapura juga harus tampil dan memberi penjelasan kerana skandal ini akan memberi impak buruk kepada reputasi republik itu sebagai pusat kewangan terkemuka.

Anwar berkata banyak negara telah mengambil tindakan ke atas bank dan pegawai eksekutif yang terbabit dalam skandal 1MDB namun di Malaysia “tempat asal dana haram ini, masih belum berbuat apa-apa yang ketara dan meyakinkan.”

Sebelum itu, MalaysiaToday, yang dikendalikan penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa ahli keluarga Zeti, termasuk suami dan anaknya menerima dana lebih RM100 juta daripada Low, yang didakwa dalang skandal 1MDB.

Menurut catatan blog itu, ahli keluarga Zeti didakwa membuat akuan bersumpah (SD), di mana mereka didakwa mengaku menerima wang berjuta dalam akaun bank Singapura yang datang daripada sebuah syarikat dikaitkan dengan Low.

Laporan itu turut diungkit oleh bekas perdana menteri Najib Razak yang meminta Zeti membuat penjelasan setelah mendakwa sebelum ini bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai pengaliran wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau (Najib).

Najib mendakwa Zeti sendiri yang menasihati beliau menyalurkan dana itu ke akaun peribadi beliau, sesuatu yang dinafikan oleh bekas gabenor BNM itu.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Semakin panas. Bang Non pula desak Zeti beri penjelasan. Tag team dengan Jibby ke?
1f92d.png


"Maklumat terkini berhubung kemungkinan keterlibatan Dr. Zeti dalam skandal 1MDB ini adalah berkait dengan pembekuan wang yang berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura. Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Dr. Zeti." - Anwar Ibrahim
https://ttkm.com.my/.../anwar-minta-zeti-jelaskan.../

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Sah! Ahli keluarga Zeti mengaku terima wang 1MDB

December 31, 2020 5:57 PM

Cutting-Edge-Industries-SD-FMT-31122020-1.jpg

Salinan akuan berkanun suami dan dua anak lelaki bekas gabenor BNM, Zeti Aziz, menyatakan kesediaan mereka memulang wang 1MDB kepada syarikat itu, sekiranya pihak berkuasa Singapura menggugurkan siasatan.

PETALING JAYA: Adakah bekas gabenor Bank Negara, Zeti Aziz, benar-benar tidak tahu tentang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib Razak? Atau sebaliknya?

Ini persoalan yang timbul susulan pendedahan mengejutkan bahawa ahli keluarga beliau menerima wang daripada dana 1MDB.

Suami Zeti, dan dua anaknya, mengaku mengetahui tentang wang 1MDB di dalam akaun mereka, menurut akuan berkanun yang ditandatangani mereka pada Mac tahun lepas.

Wang itu dalam akaun syarikat Cutting Edge Industries di Singapura dan mereka bertiga mengakui pemilik akaun itu.



SD itu, yang dilihat FMT, adalah tulen dan boleh dipercayai, menurut peguam yang menandatangani dokumen itu.

Pendedahan dalam SD itu menyusuli laporan oleh blog MalaysiaToday, yang dikendalikan Raja Petra Kamaruddin, mendakwa suami Zeti dan anak-anak lelakinya menerima lebih RM100 juta ringgit daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jow, yang didakwa mendalangi skandal 1MBD.

Dakwaan itu disokong SD yang menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti mengaku menerima dana berkenaan dalam akaun bank mereka di Singapura.

Wang itu daripada syarikat yang dikaitkan dengan Low.

Susulan pendedahan itu, Najib mendesak Zeti menjawab dakwaan berkenaan dan berkata bekas gabenor BNM itu sendiri yang menyarankan beliau membuka akaun bank bawah nama sendiri dan bukan atas nama UMNO untuk menerima “derma Arab”.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa ada meminta Zeti memantau sebarang transaksi mencurigakan dalam akaun berkenaan.


Pada Julai 2018, Zeti nafi dakwaan Najib bahawa beliau tahu mengenai derma RM2.6 bilion itu, yang menurut Najib sumbangan daripada kerabat diraja Saudi kepada kerajaan, yang disalurkan ke akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun mempersoalkan logik di sebalik penafian Zeti itu.

“Mana mungkin seorang gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion masuk ke dalam akaun bank atas nama perdana menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, SD berkenaan menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti bersetuju menyelesaikan isu dana 1MDB itu dengan kerajaan Singapura.

Menurut SD itu, mereka bersetuju untuk memulangkan wang 1MDB dalam akaun mereka kepada syarikat itu, sekiranya pihak berkuasa Singapura menggugurkan siasatan.

SD suami dan dua anak Zeti membuat cadangan penyelesaian itu dengan merujuk kepada Seksyen 370 Kanun Tatacara Jenayah Singapura, berkenaan perampasan harta.

Suami Zeti, Tawfiq Ayman, dan anak mereka, Abdul Aziz dan Alif Ayman Aziz, menguruskan akaun itu bawah nama Cutting Edge Industries LTd, yang berpangkalan di Singapura.

Menurut pendedahan MalaysiaToday, wang dalam akaun mereka itu disalurkan daripada Iron Rhapsody Ltd, yang ditubuhkan untuk menerima wang daripada Low.

Laporan itu mendakwa suami dan dua anak lelaki Zeti adalah juga pemilik Iron Rhapsody.

FMT masih berusaha mendapatkan komen Zeti.

 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,950
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,950
Reaction score
2,737
Points
261
Awards
1
Mohon dakwa mereka semua.. klu rakyat marhain Kwsp nak keluar nak tunggu mampos..
 

Mr.Lobo

Active+ Member
Messages
3,822
Joined
Oct 30, 2012
Messages
3,822
Reaction score
132
Points
33
Siapa mstermind di sebalik ni? Kenapa zeti tak pernah dipnggil semasa perbicaraan najib.?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Muhamad Harris Nasril


· 2m ·

Bagaimana serangan dilakukan terhadap Zeti berhubung dakwaan anak dan suaminya menerima ratusan juta ringgit dana berkait 1MDB (wang tersebut didakwa disalurkan Jho Low)

Berikut saya senaraikan rantaian beritanya:
RPK>Jibby>Pemuda UMNO>FMT>TTKM>Patriot>Bang Non>Malaysiakini.

Saya fikir Zeti dah tak boleh berdiam diri. Esok lusa dia kena jawab.
 

azmann33

Legendary Member
gem
Messages
11,438
Joined
Mar 2, 2009
Messages
11,438
Reaction score
1,333
Points
201
Siapa mstermind di sebalik ni? Kenapa zeti tak pernah dipnggil semasa perbicaraan najib.?

Perbicaraan zaman atok.
Ketua hakim negara lantikan atok.
Perubahan hakim perbicaraan najib zaman atok.

What more you can think of?? haha

Siapa sempat ikuti zaman 22 tahun atok faham lah.
Perkara sama berlaku semasa krisis kehakiman akibat pengharaman UMNO
dan krisis atok dan Ku Li
Pembentukan tribunal pemecatan ramai hakim2 masa tu kerana tak ikut cakap atok.

Tun salleh Abbas boleh mengesahkan....
 

Maestro

Active+ Member
Messages
3,973
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,973
Reaction score
937
Points
81
Nak tengok jugak Zeti jawab...

Aku suka cara Zeti bagi statement sebab cara dia bercakap tersusun...sangat berhati hati bila menyusun kenyataan...

Cuma kalau betul dia bersalah...dakwa je la...

Cuma bila bang non pn start serang Zeti..bau ikan pulak babak ni....:ROFLMAO:

Boleh pulak bang non tag team dgn abang bijan...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register