BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zed Zaidi dilantik presiden SENIMAN

efbi

Fun Poster
Messages
117
Joined
Jan 11, 2012
Messages
117
Reaction score
0
Points
10
Pagi tadi, telah dijalankan mesyuarat agung Seniman untuk memilih ahli jawatankuasa baru di FINAS. Antara yang menarik perhatian pastinya jawatan Presiden sendiri. Dan jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Zed Zaidi kerana telah dilantik menjadi Presiden Seniman. Untuk makluman, Presiden Seniman sebelum ini ialah Harun Salim Bachik.

Zed Zaidi yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden Seniman dilihat memang layak untuk memegang jawatan Presiden selepas tampil berani memperjuangkan hak-hak artis Malaysia. Antara isu yang diketengahkan beberapa bulan kebelakangan ini ialah isu kebanjiran pelakon daripada luar negara di Malaysia. Diharap dengan kemenangan ini, Zed Zaidi akan terus memperjuangkan apa yang patut dengan adil dan saksama.

Tahniah kepada Zed Zaidi atas kejayaan ini.
 
kahkahkah

elok la sgt si Harun Salim Bachik belah...gang gang HJ je ni...kahkahkah
 
makin byk peluang mengampu kepimpinan tertinggi umno pasni ngeh3
 
makin petir la mulut ZZ nie nnt.. abih semua org luar negara x leh blakon dlm filem tempatan.. tapi filem luar negara tetap hujan mencurah2 gak dlm tv..
 
belasah jangan tak belasah..... kalau nak bela artis malaysia...
 
Back
Top
Log in Register