BTC USD 38,607.2 Gold USD 1,810.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zarina Anjoulie nekad nak saman bekas suami?

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,656
Reaction score
2,596
Points
201

Zarina Anjoulie nekad nak saman bekas suami?​

Zarina Anjoulie.
Zarina Anjoulie.
Kuala Lumpur: "Tak apa, aku teruskan dan 'report' pun dah buat,".

Demikian kata pelakon, Zarina Anjoulie menerusi Instagram Story yang menunjukkan dirinya baru sahaja keluar dari balai polis selepas membuat laporan.

Di platform media sosial itu juga, Zarina menjelaskan bahawa dia akan teruskan dengan saman terhadap bekas suaminya, Eilyas Azhar.

"Selesai dah di balai polis, selesai buat laporan. Tunggu, aku nak teruskan dengan saman. Kadang-kadang manusia, kita bagi muka, dia campak tahi.

"Tak apalah. Kadang-kadang, kita bila diam bukan kerana kita takut. Aku nak 'move on'. Tunggu dan lihat," katanya lagi.

Zarina juga menegaskan bahawa dia membuat laporan polis itu bukan kerana takut kepada Eilyas, sebaliknya mengenangkan bekas ibu dan bapa mentuanya.

"Bukan aku takut dengan kau atau ugutan kau. Aku dah nak lupakan, sebab aku mengenangkan mak bapak kau.

"Tapi, sebab kau hantar makcik gemuk itu nak ugut aku, tak apalah. Aku teruskan," katanya.

Terdahulu, Zarina memuat naik beberapa bukti tangkap layar mesej perbualan di mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan, sekali gus lelaki itu meletakkan harga bayaran RM10,000.

"Inilah apa yang aku kena harungi. Dengan Yas (Eilyas), semuanya duit. Sebab itu, aku saja tawarkan nak pancing. Tapi, mulut cakap 'aku tak hadap duit Anju'.

"Tapi, masa dia nak ceraikan aku bukan main 'post' di Instagram Story. Semua ini aku dah bagi kepada polis dan peguam," tulisnya.

Zarina juga turut berkongsi laporan polis yang dibuat mengenai tindakan Eilyas yang pernah memanjat rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke Instagram Eilyas mendapati dia nampaknya menerima apa juga tindakan Zarina dengan tenang.

"Tak apa, negara ada undang-undang. Jadi, teruskan sajalah dengan undang-undang, okay. Tak perlu nak jelaskan, canang panjang lebar benda tak betul di media sosial.

"Aku gembira kalau cerita dongeng ini dibawa ke jalan yang betul. Guna jalan, saluran yang betul, okay? Aku tak ada masa nak bergaduh di media sosial," tulisnya di Instagram Story.

Dalam satu hantaran lain, Eilyas berkata dia sebenarnya diugut oleh Zarina.

"Siapa yang ugut siapa entah. Pada hal, aku yang kena ugut nak disebarkan gambar aku mandi," tulisnya.

Zarina berkahwin dengan Elyas di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,656
Reaction score
2,596
Points
201

Bekas suami Anju ditahan didakwa buat ugutan​

SEREMBAN – Bekas suami pelakon Zarina Anjoulie ditahan bagi membantu siasatan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, Eliyas Azhar yang berusia dalam lingkungan memberi keterangan di IPD Nilai pada pukul 4 petang semalam.

Ia susulan laporan polis dibuat Zarina Anjoulie pada Sabtu lalu yang didakwa menerima ugutan daripada lelaki tersebut.

“Pelakon itu (Zarina Anjoulie) mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.

“Bekas suaminya yang datang ke IPD Nilai ditahan, namun telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, berkongsi gambar IPD Nilai pada Sabtu lalu dan menerusi InstaStory memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung tindakan bekas suaminya.

Menurut Mohd. Fazley, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zarina Anjoulie turut memuat naik beberapa bukti tangkap layar mesej perbualan di Instagram yang mana dia bertanya sama ada perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan.

Lelaki itu dikatakan meletakkan bayaran berjumlah RM10,000. – K! ONLINE
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,298
Reaction score
1,980
Points
201
Saman ja la nk masuk berita buat apa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register