Zambry cabar Nizar, wakil rakyat pembangkang kosongkan kerusi

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang di Perak.

Beliau berkata, Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini berpihak kepadanya.

Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.

"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya.

Terdahulu dalam wawancara itu, Zambry berkata fokus utama kerajaan negeri BN yang diterajuinya adalah untuk membangunkan ekonomi dan memakmurkan negeri Perak dan bukannya terheret ke dalam permainan politik pembangkang yang tidak berkesudahan.

"Sebaik sahaja kita (BN) mentadbir, saya telah memaklumkan bahawa kita tidak boleh selamanya bermain dengan politik kerana rakyat di luar sana inginkan sesuatu daripada kita. Ada masanya rakyat ingin memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting khususnya dalam konteks pembangunan ekonomi negeri," katanya.

Zambry yang dilantik Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Feb lepas menyatakan keyakinannya bahawa sokongan masyarakat pelbagai kaum di Perak terhadap BN akan terus bertambah disebalik pelbagai permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang.

"Saya yakin bahawa rakyat di Perak tidak akan termakan dengan cara mereka (pembangkang) dan dengan adanya perkembangan ekonomi yang baik, kedudukan keamanan yang baik di Perak dan program pembasmian kemiskinan efektif yang kita lakukan, saya yakin akhirnya rakyat akan bersama-sama dengan kita... dengan syarat kita pun kena buat kerja dengan kuat," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

boblynn02

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2007
Messages
3,457
Reaction score
81
Points
30
...

kah kah kah.. apahal lak Geng Pakatan jer letak jawatan...?? Sama2 la bubar.. baru la jantan... kah kah kah...

Mamak sekor ni... buat malu kaum mamak jer..


...
 

chip555

Active Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
2,286
Reaction score
175
Points
43
ni macam perjanjian Abdul Wahub dengan bapak mertua. Dah salah memang le takut nak bubarkan ...... orang lain je kena kosongkan dia tak perlu ....... cam le dia tu popular sangat ..... lawak2 :eek::eek::eek:
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
dan wartawan pun tulis la dgn gaya bahasa seolah2 pakatan tak tau mende.
 

aloong_05

Active+ Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
4,659
Reaction score
42
Points
30
sian rakyat perok dpt mamak b0**h cam nie jd mb..
 

sabqiel

Banned
Joined
Feb 24, 2009
Messages
339
Reaction score
0
Points
10
mamak oh mamak pi jual nasi kandaq laa
"kalau anaknda marah anaknda akan dijual seluruhnya err..
kalau ayahnda marah tak de ape ape "
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Apabila Badut berkata2 hihihihihihihihihihihih
 

xaixee

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2007
Messages
896
Reaction score
3
Points
15
masuk raja lawak gerenti menang ni....:eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register