Zakat Pendapatan – Ada bayar tak?

CG Sponsors




hnnnhh

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2008
Messages
290
Reaction score
1
Points
15
Saja nak kongsi pengalaman bila mula bayar zakat pendapatan.

Dulu-dulu susah betul aku nak bayar walaupun niat tu dah lama nak buat, ada aje halangan, lepas tolak semua belanja bulanan tak cukup nak bayar lah, susah nak pergi kaunter zakat lah.. tak ada parking lah, lupa isi borang lah… tangguh, tangguh, tangguh..

Akhirnya, sekarang dah hampir 7 bulan aku mula bayar (buat bayaran bulanan melalui online banking). Rupanya mudah aje nak buat bayaran secara online ni, lebih kurang seminggu lepas bayar, Pusat Zakat akan hantar resit bayaran (kena simpan utk income tax nanti). Masa bayaran tu kasi no. IC sahaja sebagai rujukan, jadi resit akan dihantar berpandukan alamat kat IC.

Ada cara pengiraan zakat pendapatan ni, boleh check kat laman web http://www.zakat.com.my/
Lebih kurang macam nak kira cukai pendapatan jugak, cuma tak ketat sangat, kalau rasa jumlah tu aje kita mampu, bayar aje bulanan. Kalau mampu leh bayar lebih dari pengiraan tu pun. Lagi banyak kita bayar lagi bagus kerana lagi banyak rebate kita leh dapat untuk income-tax. Aku ada seorang kawan yang bayar macam ni, tiap2 tahun mesti dia akan dapat cek rebate dari income-tax, banyak gak jumlah dia, betul2 rezeki dia lah.

Boleh jugak buat bayaran tahunan, tapi kalau nak kumpul setahun takut rasa beban pulak pasal nampak jumlah banyak. Masa nak bayar pun niat aje, tak perlu nak hantar bukti pengiraan pun.

Sebenarnya ada banyak cara mudah nak buat bayaran zakat ni.

1. Pemotongan gaji (majikan kena isi borang)
2. Terus pergi kaunter zakat
3. Bayar secara online (Internet Banking)

Ini cerita benar pengalaman aku sendiri. Sebelum aku start bayar dulu tu, tiap2 bulan rasa macam duit tak pernah cukup aje..lum sampai hujung bulan dan kering. Alhamdulillah, lepas dah bayar ni, ada aje duit lebih, ada aje rezeki Allah nak tambah. Hidup pun rasa lapang sikit. Memang betul, kalau kita bayar zakat, nescaya Allah akan memurahkan dan menggandakan rezeki. Aku bersyukur sangat-sangat sekarang ni.

Bagi yang berniaga pulak ada juga pengiraan untuk zakat perniagaan. InsyaAllah kalau bayar, Allah akan menggandakan lagi keuntungan perniagaan.

InsyaAllah, kalau kita bayar zakat pendapatan, tiap-tiap tahun bukan saja tak payah nak bayar income-tax, sebaliknya LHDN akan bayar cek rebate lagi kat kita. Bukan rezeki ke tu?

Yang penting niat tu kena ikhlassss…wassalam
 
Sponsored Post

mydeuter

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2007
Messages
961
Reaction score
0
Points
10
alhamdulillah ...terima kasih kerana mengingatkan kita semua ...kdg kdg lupa sbb busy dgn kerja ...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register