Zakat Kedah perkenal logo, sijil bantu syarikat pembayar zakat

CG Sponsors




notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,205
Reaction score
526
Points
126
zakki_1591095999.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman (kanan) menunjukkan logo Muzzaki yang dikeluarkan oleh LZNK. Kiri ialah Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman

ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membantu mempromosikan syarikat pembayar zakat di negeri ini dengan memperkenalkan sijil dan logo pengesahan Muzakki (pembayar zakat).

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, tujuan pengesahan sijil tersebut menjadi bukti bahawa syarikat-syarikat berkenaan merupakan pembayar zakat di negeri ini.

Menurutnya, usaha ini akan mampu membantu umat Islam memilih untuk berurusniaga dengan para peniaga yang menunaikan zakat perniagaan pada setiap tahun terutama di Kedah.

717091.jpeg

Syeikh Zakaria Othman

"Ini adalah salah satu cara kami membantu pembayar-pembayar zakat di negeri ini. Sehingga kini kami sudah menyiapkan 130 sijil pengesahan Muzakki dan mereka boleh mempamerkan logo dan sijil ini di premis perniagaan ataupun kenderaan rasmi mereka.

"Usaha ini bukan sahaja terhad kepada syarikat produk makanan tetapi kepada semua jenis perniagaan. Perkara ini mampu menjadi inspirasi baru dalam putaran ekonomi membabitkan produk milik usahawan Islam di Kedah,"katanya pada sidang media selepas pelancaran sijil dan logo Muzakki di Menara zakat, Alor Setar hari ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Menurut Syeikh Zakaria, setiap muzakki akan dibekalkan dengan satu nombor siri khas yang akan dipantau oleh LZNK dari semasa ke semasa serta bagi mengelakkan penipuan sijil.

"Muzakki juga akan dibekalkan dengan satu logo Sahabat Zakat Kedah yang berfungsi seperti logo halal JAKIM bagi tujuan digunakan di semua bungkusan produk yang dikeluarkan syarikat tersebut bagi memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa ini adalah produk Muslim dan juga pembayar zakat,"katanya.

Tambahnya, usaha itu juga dilakukan bagi membantu Muzakki yang bakal berdepan cabaran dalam perniagaan terutamanya pada pasca koronavirus (Covid-19).

"Kami percaya pembayar-pembayar zakat ini akan berdepan kesukaran pada tahun 2020 disebabkan oleh Covid-19 dan kami berharap umat Islam akan membantu dengan membeli produk-produk mereka.

"Pada tahun 2019, seramai 4,427 pembayar zakat perniagaan dengan nilai jumlah RM41.7 juta dan bagi tahun 2021 kami jangka ada penyusutan,"katanya.

Syeikh Zakaria berkata, idea memperkenalkan sijil dan logo pengesahan Muzakki timbul semasa kempen Buy Muslim First (BMF) dan mula dilaksanakan di Kedah pada tahun ini.

 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,629
Reaction score
1,965
Points
201
ingat Zakat Penang buat logo baru tadi.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,770
Reaction score
1,886
Points
191
Ini bagus sebenar nya.. Selain bmf..
Support penjual yang berzakat..
Perlu diperluaskan kpd semua negeri..
 

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,073
Reaction score
204
Points
83
bagus macam ni senang nak bmf,
 

estidot

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2010
Messages
232
Reaction score
23
Points
25
Saya sokong..saya sokong..bmf dan beli berzakat first.
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,453
Reaction score
4,234
Points
196
Syarikat orang kafir nak bayar zakat tak boleh. Untuk orang Islam lagi mudah sebab tak kena beli sijil halal jakim

Cukup bayar zakat dpt iklan Free
 

odin_kaa

Active Member
Joined
Dec 29, 2012
Messages
1,123
Reaction score
67
Points
40
Harap2 negeri2 lain akan menyusul macam ni
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,533
Reaction score
334
Points
81
Wow terbaik. Semoga ekonomi umat islam terpelihara. Negeri lain pun bole tiru.
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,457
Reaction score
2,926
Points
191
bagus nih..

senang kita nak memilih nanti..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register