BTC USD 63,344.3 Gold USD 1,770.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR

amey9916

Fun Poster
Joined
Jun 27, 2008
Messages
865
Reaction score
4
Points
15
Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/147547
 
Last edited:
Sponsored Post

epbx

Super Active Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
huhuhuhu.........
lwn dulu ler....x kan dah undur.......
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
belum habis lawan dah undur....lawyer apa ni...loyar buruk ke?
 

pakaji

Active Member
Joined
May 15, 2009
Messages
1,208
Reaction score
17
Points
25
ala zaid, ko buat la parti ko sendirik..huhuh
 

poknik

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
14,014
Reaction score
281
Points
131
demi perjuangan, pangkat pun sanggup ditinggalkan..... perghhh...

BN ada ke yg sanggup buat camtu?...
yang terang2 dah kalah pun terhegeh2 lagi nak jadi senator...
yang dah terang2 takde maruah jadik pornstar pun elok je bleh jadik presiden..
yang orang meluat sampai anak buah tubuh anti gerakan pun tak mo jugak berundur..
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Kalau baca statement kat hujung sekali, dia ucapkan supaya Anwar 'berjaya' ke putrajya....
 

gudboy

Legendary Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
11,539
Reaction score
4
Points
115
beliau akan tetap komited dalam perjuangan pakatan..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register