BTC USD 37,632.0 Gold USD 1,773.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zaid umum keluar PKR kuat kuasa 16 Disember

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
Bekas calon timbalan presiden mahu tubuh parti baru

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang akan meninggalkan parti itu secara rasmi berkuat kuasa 16 Disember ini akan menubuhkan parti baru sebelum berlangsungnya pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 itu nanti, sama ada sebagai calon kepada parti baru yang akan ditubuhkannya atau calon Bebas.
“Saya sedang membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kalau ada sokongan daripada penyokong, saya akan tubuhkan parti baru tapi apa-apa pun kita tunggu reaksi daripada penyokong dulu.

“Saya juga akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tetapi di mana saya nak bertanding, itu belum tahu lagi. Tapi saya memang akan bertanding. Jika menjelang pilihan raya umum, parti baru belum dapat ditubuhkan, maka terpaksalah saya bertanding sebagai calon Bebas,” katanya pada sidang media di kediamannya di Damansara, semalam.

Zaid sebelum ini mendakwa masih setia sebagai ahli PKR namun tidak menolak kemungkinan menubuhkan parti baru sekiranya dipecat atau disingkirkan daripada PKR nanti.

Beliau pernah menang kerusi Parlimen Kota Baru pada pilihan raya umum 2004 ketika masih di dalam UMNO dan bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, April lalu atas tiket PKR tetapi tewas.
Mengulas lanjut ideologi parti baru itu, Zaid berkata, ia berasaskan kepada perjuangan yang betul, demokratik, prinsip yang adil dan berteraskan isu-isu penting berkaitan rakyat.

“Saya percaya rakyat cukup bijak untuk membuat keputusan, kalau mereka masih mahu berada dalam penipuan dan bermimpi, mereka boleh bersama (Penasihat PKR, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tapi mereka mungkin juga boleh memilih untuk bersama saya,” katanya.

Terdahulu ketika menjelaskan tindakannya keluar PKR, Zaid berkata, keputusan itu disebabkan Anwar dan beberapa pemimpin kanan parti itu membuat pelbagai tuduhan terhadap dirinya.

“Ia berkaitan dengan pemilihan parti ketika ini apabila saya dituduh dan difitnah (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution Ismail kononnya saya merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum mahu keluar parti.

“Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden PKR) pun sama bercakap mengenai niat jahat saya untuk menggugat kepemimpinan parti.

“Anwar pula menggelar saya sebagai ‘Trojan Horse’ dan ‘Sore Loser’, fitnah dan putar belit... ini memaksa saya keluar dari parti ini. Saya rasa hari ini mereka gembira,” katanya.

Ketika ditanya mengapa beliau memilih 16 Disember untuk keluar parti, Zaid sambil ketawa berkata, beliau amat berminat dengan angka 16.

“Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember. Sekurang-kurangnya saya tidak seperti beliau, mendakwa mempunyai cukup Ahli Parlimen mahu menyertai PKR. Saya pula hanya mengumumkan akan keluar PKR,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ZaidumumkeluarPKRkuatkuasa16Disember/Article
 
Sponsored Post

sideskirt

Active+ Member
Joined
Jul 31, 2007
Messages
3,819
Reaction score
16
Points
25
nak kuar pon delay2 ... macam2 hal :)) :))
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
baru aja kuar kat berita awani. dia cakap nak bukak kedai politik baru....

pastu nak enter market GE13 ni nanti........

tengok la apa benda dia jual....
 

DarkBooter

Fun Poster
Joined
Oct 19, 2010
Messages
457
Reaction score
0
Points
10
kuar jer lah..bukan penting pun dia ni....

nahhhh zaiddddddddddddd

74858_176566969022852_100000086506684_653068_385318_n.jpg

Lawan Tetap Lawan.....Rupa-rupanya semangat ingin melihat parti pemerintah Umno/BN tumbang pada PRU 13 nanti Ins'yAllah akan menjadi kenyataan..... harapan kerajaan bobrok Umno 1M'sia kononnya KeADILan dibawah teraju YB Datuk Seri Anwar Ibrahim lumpuh dan musnah telah menjadi igauan....Foto Wira Rakyat YB Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakyat di Shah Alam semalam sebagai bukti...tiada pengumuman dan canangan dibuat melalui media arus perdana namun dewan penuh sesak tanpa diangkut dengan bas , tanpa disogok dengan wang saku , tanpa dihidangkan dengan nasi bungkus dan air mineral....BERANIKAH NAJIB RAZAK BUBARKAN PARLIMEN DALAM MASA TERDEKAT INI SEBAGAI MENGAMBIL KESEMPATAN KONONNYA PARTI KEADILAN RAKYAT DALAM KEADAAN KUCAR KACIR DAN LEMAH SERTA DIIKUTI "KEMENANGAN" BERGANDA PRK GALAS DAN BATU SAPI?........ INI JAWAPAN TEPAT DAN MUKTAMADNYA.... TAUBAT LAHOM NAJIB RAZAK TAK BERANI.....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT....... propaganda murahan Umno tak menjadi.. lagi ditekan lagi abadi sokongan rakyat kpd KeADILan...sudah terbukti... MUAHAHAHAHAHAHA........AMARAN KERAS KAPADA PECACAI-PECACAI UMNO YANG LEMAH JANTUNG DAN ADA MENGHIDAP PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI... ANDA DILARANG MELIHAT FOTO INI DEMI KESELAMATAN NYAWA ANDA SENDIRI...KAMI TIDAK BERTANGGUNG JAWAB JIKA ANDA MENDAPAT SERANGAN SAKIT JANTUNG DAN SERANGAN ANGIN AKHMAR....muahahahahahahahahahaha..........
 

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
kenapa bukan skrg kuar... siap bagi tarikh lagi.. aduhhhh
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
lawe samo gu kito lawe.. lawe tetak lawe
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Zaid kena ingat, musuh sebenar Zaid bukan PKR, tapi UMNO/BN.
 

suchi_7266

Fun Poster
Joined
Jan 17, 2008
Messages
654
Reaction score
14
Points
15
Dia join PKR jadi ahli PKR dia pulak tetapkan tarikh nak keluar PKR,aku ingat lebih baik PKR tetapkan tarikh untuk dia keluar.
Aku masa mula mula dulu dah tak percaya dengan Ziad ni,kalau dia boleh buat UMNO yang banyak berjasa pada dia dulu,apatah lagi PKR yang dia baru join setahun jagung.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register