Zahid diberikan 7 hari untuk keluarkan Umno dari kerajaan PN

CG Sponsors

istaroo

Fun Poster
Joined
Dec 3, 2009
Messages
159
Reaction score
4
Points
15
Pada aku kalo list yang sertai anuar tu....BETUL....semua yang ikut anuar ....semuanye bermasalah...aku rasa tujuan mereka hanya untuk melepaskan diri dari kes2 diorang bukannya untuk menperkukuhkan UMNO
 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,602
Reaction score
743
Points
121
Dah nak 7 hari dah.... cepat, transfer window dah nak tutop
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,656
Reaction score
1,400
Points
201
5cce6fc6d7859b426162b2010242e344.jpg

'Tak benar ada pertemuan Zahid, Anwar bincang sokongan MP'
Diterbitkan Hari ini 6:44 pm

Dikemaskini Hari ini 7:43 pm

Sumber mendakwa tiada sebarang pertemuan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung sokongan bagi membentuk kerajaan baru.
Menurut sumber, dakwaan bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bertemu Anwar bagi membincangkan sokongan wakil rakyat Umno sekadar spekluasi.
"Tiada sebarang pertemuan, (dakwaan bertemu Anwar) itu semua tidak benar. Ia sekadar spekulasi.
"Presiden berpegang kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti bahawa tiada sebarang kerjasama dengan DAP, Anwar dan Dr Mahathir Mohamad," dakwanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Anwar yang juga ketua pembangkang mengesahkan bahawa dia akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.
“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.
“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, susulan pengumuman Anwar mempunyai majoriti bagi mengambil kerajaan, Zahid mendakwa beliau mendapat tahu ramai wakil rakyat parti itu menyokong Anwar.
Katanya, beliau tidak dapat menghalang jika ahli parlimen Umno ingin menyokong Anwar membentuk kerajaan.
Sementara itu, seorang MT Umno yang enggan namanya dipetik ketika dihubungi berkata, tiada sebarang mesyuarat diadakan parti itu bagi membincangkan kenyataan terbaru Anwar itu.
"Tiada sebarang pertemuan ataupun mesyuarat diadakan bagi membincangkan kenyataan yang dibangkitkan Anwar itu.
"Sebelum ini pemimpin Umno yang nama mereka dikaitkan telah memberi penjelasan, jadi kita tunggu dan lihatlah Selasa ini," katanya.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
JIKA BERSENDIRIAN, UMNO TAK JADI KERAJAAN LEPAS PRU15

Umno bakal berdepan dengan nasib seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika meninggalkan Perikatan Nasional (PN) kata penganalisis ketika sesetengah pemimpin mengatakan parti Melayu itu mampu berkuasa walaupun bergerak bersendirian.

Mereka berkata, parti yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pilihan dan perlu akur kepada popularitinya dan kekal dalam PN untuk memastikan tidak dikalahkan Pakatan Harapan (PH).

“Terdapat pandangan dalam Umno yang rasa kuat kalau bersendirian. Pandangan ini timbul selepas melihat kepada trend Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti Slim baru-baru ini.

“Akan tetapi kerusi seperti Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, sudah memang kubu kuat mereka. Umno tidak akan menang pilihan raya umum jika bertanding secara bersendirian,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, kepada MalaysiaNow.

Hisommudin berkata, sekiranya Umno bersendirian dan tidak bersama PN, undi Melayu yang menjadi tempat mereka bergantung akan berpecah dan ini memberi kelebihan kepada PH untuk menang.
Pada PRU14 2018, PH berjaya mengambil alih Putrajaya kerana mempunyai sokongan kuat daripada bukan Melayu.

PH yang menggunakan logo PKR pada ketika itu bertembung tiga penjuru melawan Umno dan PAS hampir di semua kerusi menyebabkan undi Melayu berpecah.

Selepas PRU14, Umno dan PAS bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) untuk memastikan undi Melayu tidak berpecah dan ini memberikan mereka kelebihan dalam beberapa PRK seperti Cameron Highland, Rantau, Kimanis, Semenyih, Tanjung Piai dan Slim.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, turut bersetuju PH mempunyai kelebihan sekiranya parti-parti menyokong PN tidak bersatu.

“Agak sukar bagi Umno kalau tak bergabung dengan PN kerana persaingan mungkin akan jadi seperti PRU14.

“Keputusan PRU juga akan jadi seperti PRU14,” kata Ibrahim merujuk kepada keputusan PRU14 yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru menguntungkan PH.

Seorang lagi penganalisis berkata, walaupun sebelum ini Umno merupakan parti dominan ketika Barisan Nasional (BN) berkuasa dahulu, di dalam kerajaan PN hari ini, parti Melayu itu hanyalah salah satu daripada parti menyokong.

“Dalam konteks politik dan kerajaan, Muhyiddin adalah ketua PN dan ketua kerajaan PN dan Ahmad Zahid Hamidi adalah pengikut kerana Umno adalah satu daripada parti-parti lain yang memberi sokongan kepada Kerajaan PN.

“Maka Zahid kena faham itu dan ikut protokol. Selagi Umno berada dalam Kerajaan PN maka Umno dan Zahid kena ikut protokol sebagai parti yang mendokong Kerajaan PN dan Kerajaan PN itu diketuai Muhyiddin dan parti Bersatu,” kata penganalisis politik dan kerajaan, Al-Azharri Siddiq Kamunri, kepada MalaysiaNow.

Mengapa Muhyiddin?

Al-Azharri berkata, meskipun kedua-dua nama besar dalam dunia politik ini berasal daripada DNA yang sama iaitu Umno, banyak perubahan yang berlaku menyebabkan penampilan Muhyiddin lebih menyerlah sebagai seorang pemimpin yang berwibawa.

“Mereka berasal dari parti sama tapi sudah banyak perubahan. Pertama, Muhyiddin adalah pemimpin berwibawa semasa dalam Umno sehingga menjadi timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.
“Kedua Muhyiddin juga lebih berpengalaman apabila beliau berjaya membuktikan dia mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan dalam masa singkat menjadi perdana menteri ke-8,” katanya.

Al-Azharri berkata, kepimpinan Muhyiddin lebih terserlah apabila beliau berjaya membina politik perspektif baru melalui Bersatu.

Katanya, ini berbeza dengan Zahid dan Umno yang merosot sokongannya dalam kalangan Melayu jika bertanding sendirian.

“Nasib baiklah ada MN di mana Umno masih boleh berdiri megah dengan sokongan tambahan daripada ahli-ahli dan penyokong PAS,” katanya.

Kamarul Yusoff
Ada portal baru nampaknya: https://www.malaysianow.com/.../jika-bersendirian-umno.../

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Tan Sri Annuar Musa

47m ·

Sebagai SU AGONG BN DAN MN tugas saya adalah melaksanakan dasar parti dan arahan pucuk pimpinan..Setakat ini parti putuskan antara lain,10 dasar berikut:

1)BN sertai kerajaan PN en bloc
2)MP BN menyokong TSMY sbg PM.
3)BN berpendirian NO DAP,NO DSAI,NO TM.
4)MN menjemput PPBM sertai MN,PPBM BERSETUJU.
5)BN PAS PPBM perlu bermuafakat dan elak 3 penjuru PRU15.
6)BN PAS PPBM bentuk jawatankuasa 5 orang dari tiap parti utk runding kerusi. Rundingan telah bermula.
7)BN bertanding atas logo sendiri.
8)BN setuju bentuk GRS di sabah bersama PN,PBS.
9)SUA di arah sentiasa berhubungan dan berkerjasama antara parti parti komponen dan parti sahabat.
10)Sentiasa mengadakan meeting JK PEMANDU DAN JAWATANKUASA TEKNIKAL MN.

Selagi dasar ini tidak di ubah insyaallah kita terus menerus melaksanakannya walaupun kadang kadang menemui kesukaran. Memutuskan dasar tidak mudah. MELAKSANAKAN DASAR MUNGKIN LEBIH PAYAH LAGI.

Faiza azamta fatawakkal alallah!
 
qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
nmpk gaya politik UMNO xnk BERSATU trlalu dominan
sbb UMNO nk lebey kuasa
UMNO xkesah PAS byk kerusi sbb mereka sah2 akn serahkn pantai timur & utara pada PAS
myb UMNO tgh ugut BERSATU supaya jgn mntk lebey2
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Alahai nak cerita pasal perjanjian dan persetujuan bersama pulak.

Yo.. Orang membaca ni bukan bodoh. Semua pun lebih kurang tahu dah apa perjanjian dan persetujuan sebelum ni.

Kalau kita tengok balik kronologi dari awaaaal penubuhan kerajaan PN ni, apa pendirian UMNO?
1. Mula-mula sokong bubar parlimen, kepada;
2. Menyokong TSMY jadi PM dan tubuh kerajaan buat sementara sehingga PRU-15, kepada;
3. Menyokong Perikatan Nasional sepenuhnya sebagai koalisi baru.

Ada orang bising awalnya? Tak ada sangat pun. Ada lah sikit-sikit tapu rata-ratanya fikir ok lah jalan dulu. Tadahal pun.

Isunya adalah 'in between' sampai sekarang ni apa dah jadi. Srbab tu orang bising. Kalau kau tak nampak ni dan masih nak berbasa-basi tu memang bodohlah.

Takyah ambil jauh. Ambil isu PRN Sabah pun dah cukup.

3 benda besar berlaku:
1. Masa TSMY umumkan KM Sabah adalah Hajiji, korang bising kata apa-apa kena bincang dulu. Maknanya apa? Tak ada perbincangan diantara rakan perikatan pun.
2. Masa Hajiji jadi KM apa berlaku dengan Bung? Janji dicapati. Pun menunjukkan tak ada penghormatan bersama.
3. Ketua Armada siap secara terang-terang tembak korang, puji Perikatan, dan dah kata pun akan bekerjasama rapat dengan rakan seteru PAS untuk PRU-15. Nama kau mana?

Siap tulis panjang-panjang pasal apa pengorbanan kau.. Kah kah kah. Ada orang pedulik? Tak ada. Siap kutuk kau dan panggil kau ego lagi.

Orang lain tak ada sibuk pun nak 'honor' perjanjian dan persetujuan depa dengan kau.

Kau je yang terhegeh-hegeh nak tunjuk ke orang kau 'honor' perjanjian dan persetujuan bersama bagai. Kau je sibuk nak pertahankan itu ini. Orang lain buat bodoh je dengan kau (sebab kau memang bodoh pun).

Orang Melayu dulu-dulu kata, 'Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Tak malu ka? Maruah kau mana?

Better.. Otak mana?

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779

sape ponogoro keW?
 
tokekapal114

Active Member
Joined
Apr 21, 2015
Messages
1,498
Reaction score
295
Points
51

bung mokhtar ngn bini masih ada kes mahkamah tue..semua tgh panas pungkok..
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
sape ponogoro keW?
tn aim, Mohamad jamalee ni cerita pasal Annuar Musa. Annuar Musa sebut berkenaan persetujuan yg dah disain oleh UMNO dlm MN dengan sekutu PPBM dan PAS. Annuar Musa mcm nak pujuk UMNO agar ingat balik persetujuan dan kembali pentingkan hubungan diantara sekutu

Muhamad Jamalee kata, tapi yg mementingkan MN dan sekutu sekutu hanyalah UMNO. PPBM buat derk je, tak uphold langsung persetujuan, hanya value apa yg ada kepentingan pada mereka
UMNO je yg terhegeh hegeh
UMNO siap list down pengorbanan yg diorang buat, alih alih PAS kata diorang buat lagi banyak

bagi sesetengah org UMNO, Annuar Musa ni penyokong tegar PPBM dan pembodek TSMY
 
Sponsored Post
Top
Log in Register