Zahid diberikan 7 hari untuk keluarkan Umno dari kerajaan PN

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
1601382736856.png


Zahid diberikan 7 hari untuk keluarkan Umno dari kerajaan PN




SEPTEMBER 29, 2020

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberikan tujuh hari oleh kumpulan Datuk Seri Najib Razak agak memulakan tindakan terhadap Bersatu selepas beberapa kali Umno diperlekehkan oleh parti itu.


Jika beliau gagal membebaskan Umno dari Perikatan Nasional, kempen untuk mengenepikan beliau dari Presiden Umno akan digerakkan di kalangan ahli Umno.


Sehubungan itu, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini orang kanan Najib, Datuk Lokman Noor Adam (gambar) berkata, pihaknya memberikan Zahid tujuh hari untuk melaksanakan perkara ini.


1601382765062.png


“Tujuh hari dari sekarang, MP-MP Barisan Nasional kena ambil keputusan. Jangan tunggu lama-lama.



“Hari itu strateginya, kita mahu menyokong Anwar Ibrahim. Tuanku tak mahu menerima Anwar kerana baginda berada di IJN. Kita tak boleh buat apa, Tuanku tak sihat, kita kena tunggu Tuanku.



“Tetapi ahli Parlimen BN ada jalan keluar. Dalam bulan Oktober ini, akan ada sidang parlimen. Inilah masa sesuai kita kena pastikan, jangan kita sokong Belanjawan yang akan dibentang oleh Muhyiddin Yassin.



“Inilah masa yang sesuai untuk kita umumkan supaya kita keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ini kerana hari ini jelas kerajaan Muhyiddin membuli Umno,” kata Lokman melalui fb live beliau.



Menurut bekas Pengarah Kemunikasi Kementerian Kewangan ketika Najib adalah menterinya itu, tindakan tidak melantik Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sebagai ketua menteri padahal Umno mempunyai kerusi paling banyak di Sabah adalah satu penghinaan kepada Umno.



Pagi tadi Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah walaupun Bersatu hanya mendapat 11 kerusi berbanding dengan Umno yang mendapat 14 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sabah.



Sebelum penamaan calon, kata Lokman, Umno telah dibuli dengan diberikan sebahagian sahaja kerusi manakala sebahagian lagi diambil oleh Bersatu dan Perikatan Nasional.



Bagi beliau, BN tidak dapat menang lebih besar kerana keyakinan rakyat Sabah tidak ada kepada BN kerana tidak bertanding semua kerusi.



“Parti kecil membuli parti besar. Sampai bila kita hendak membiarkan kita dibuli oleh budak-budak ni. Cukuplah cukuplah.



“Itu sebabnya kalau Zahid berani membuat pendirian ini, kita wajar menyokongnya.



“Cukuplah kita menjadi lembu dicucuk hidung, cukuplah kita dijadikan balaci kepada PPBM. Cukup cukup cukup. Enough is enough,” kata Lokman lagi.

Bagi beliau, tidak akan ada ahli Umno yang sanggup membiarkan Umno terus diperbodohkan oleh Muyiddin Yassin.



“Saya tidak fikir ahli Umno mahu bernaung di bawah sebuah parti yang telornya dipegang oleh Muhyiddin,” kata Lokman lagi.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Lokman Adam mendesak Ahmad Zahid menyatakan pendirian berhubung tindakan Bersatu.

Penyokong Najib beri kata dua kepada Zahid mengenai Bersatu
Dikemas kini 2 jam yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2020 5:37PM

1601383005360.png

Lokman Noor Adam mahu presiden Umno menyatakan pendiriannya terhadap tindakan Bersatu yang didakwa membuli Umno.– Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September, 2020.

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi diberi tempoh tujuh hari oleh penyokong setia bekas presiden Najib Razak, untuk memberi pengajaran kepada Bersatu kerana membuli parti Melayu itu dalam beberapa isu.

Ahmad Zahid diberi amaran sekiranya beliau tidak mengambil tindakan terhadap Bersatu, yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin maka tindakan akan diambil bagi menggantikan presiden Umno.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
oh maksudnya mmg betul la wujud beberapa org ahli UMNO utk join DSAI ye, dan ini rancangan pakZahid
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,656
Reaction score
1,400
Points
201
klu gini.. nampak nye next PRU umno BN + PAS je la atau bersatu + PAS nampaknya

nampaknya execute order 66 makin hampir
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,115
Reaction score
1,994
Points
206
Batu api tu
Buat la. Umno akan jadi umno lama yg kalah masa pru14
 

saidins

Junior Member
Joined
Jan 1, 2008
Messages
83
Reaction score
26
Points
26
Camni lah politik.. Bknnya utk rakyat pun. Pongpang2 nak jawatan saja sebenagnya
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
1,996
Reaction score
71
Points
40
klu gini.. nampak nye next PRU umno BN + PAS je la atau bersatu + PAS nampaknya

nampaknya execute order 66 makin hampir
Masa ni lah PAS akan dikutuk kaw kaw... penyokong semburit..... koh koh koh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register