Zahid dakwa Mat Sabu berfikiran cetek

CG Sponsors




dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
KUALA TERENGGANU - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu sebagai seorang pemimpin yang berfikiran cetek kerana mempertikaikan lagu patriotik yang sering berkumandang di radio dan televisyen ketika ini.

Katanya, lagu patriotik yang dimainkan ketika ini adalah atas permintaan beliau kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, sebagai memperingati jasa dan pergorbanan pejuang negara.

"Saya nak beritahu Mat Sabu, saya yang minta daripada Rais Yatim supaya memainkan lagu (patriotik) "Perwiraku" dan "Barisan Kita" disebabkan yang bertugas di Lahad Datu itu bukan hanya orang Sabah, malah ada orang Semenanjung dan orang Sarawak.

"Mereka perlu ingat yang tinggal di belakang mereka ialah isteri dan anak-anak, dan lagu ini beri semangat dan inspirasi kepada yang ditinggalkan... tidak ada tujuan politik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama anggota tentera di Kem Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, hanya orang yang berfikiran "politik kotor" sahaja gagal mentafsirkan semua perkara baik yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Zahid mengulas dakwaan pemimpin Pas itu yang memperlekehkan pasukan keselamatan apabila mendakwa lagu patriotik yang sering berkumandang bagi menghargai jasa mereka mempertahankan negara kononnya tidak lebih sekadar hiburan untuk mereka sahaja.

Dalam ceramah yang disampaikan di Kampung Tedong, Jasin, Melaka baru-baru Mat Sabu juga terus menuduh insiden anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh ketika bertempur dengan pengganas di Lahad Datu, sebagai permainan politik BN dan Umno. - Bernama
 
Sponsored Post

susah2je

Legendary Member
Joined
Aug 19, 2006
Messages
17,835
Reaction score
639
Points
161
Mat Sabu spm grade 3 ni memang cari penyakit..lepas isu kominis nk diangkat sebagai pejuang la ni timbul isu memperlekeh askar melayu..

Adeh!! Kalah lah kau Mat Sabu syiah..
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,101
Reaction score
268
Points
91
eh..bukan ke menteri dlm negeri kata mereka tu bukan penganas !
 

kerabat

Banned
Joined
Sep 7, 2012
Messages
1,509
Reaction score
0
Points
20
lah.. timbalan presiden pas sekarang nie memang pemikiran cetek.. isu mustafa ali pun tak boleh nak selesai..
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
sekarang ni pengundi je yang panjang akal
tidur cukup badan tak penat
tak payah terhegeh sana terhegeh sini
siapa kasi ambik
 
Sponsored Post
Top
Log in Register