BTC USD 57,286.6 Gold USD 1,777.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yusuf Al-Qaradawi tokoh Maal Hijrah ke-8

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M.

Menurut entri dalam laman blog http://www.islamonline.net hari ini, anugerah kali ke-8 itu akan dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan Maal Hijrah esok.

Blog berkenaan menyebut, anugerah itu bagi menghargai ilmu, jasa dan kesungguhannya memberi khidmat kepada agama Islam dan ummah selain berdakwah dan membangkitkan kesedaran Islam.

‘‘Anugerah Tokoh Maal Hijrah hanya dikurniakan kepada individu-individu yang memberi sumbangan dan khidmat kepada umat Islam serta mengangkat kedudukan Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,’’ jelas laman blog itu.

Sebelum ini, antara tokoh yang menerima anugerah itu ialah Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Rahimahullah dan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Beliau dilahirkan di Mahallah al-Kubra, Gharbiah, Mesir pada 1926.

Pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya.

Yusuf melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, Yusuf sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.
 
Sponsored Post

EncikEx

Legendary Member
Messages
12,106
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,106
Reaction score
164
Points
123
Tahniah Dr...
beliau merupakan sabahat karib DSAI

:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register