BTC USD 38,711.5 Gold USD 1,819.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yusmadi: Dasar PTPTN Rencat Kemajuan Pelajar

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
yusmadi%20logo%20copy.jpg


KUALA LUMPUR 2 DIS: Dasar yang dibuat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN)dibidas Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff sebagai merencatkan kemajuan pelajar.

Berbahas di Parlimen hari ini, beliau menyifatkan skim hutang sedia-ada membunuh dinamik pelajar, Yusmadi menegaskan Kerajaan harus mengiktiraf hak warganegara kepada pendidikan berkualiti, dan menghapuskan PTPTN.

Pendidikan, tegas Yusmadi tidak sepatutnya membebankan, bahkan seharusnya mengangkat maruah umat, sebagai tujahan menghapuskan kemiskinan.

"Hak rakyat Malaysia didalam konteks pendidikan, pelajar dan bantuan pendidikan adalah hak asasi manusia yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pihak," kata Yusmadi.

"Pendekatan PTPTN telah membentuk generasi hutang yang membunuh motivasi pelajar tatkala tamat belajar," tambah beliau.

Yusmadi mencadangkan Kerajaan supaya mengambil serius desakan mahasiswa yang terhimpit dengan skim hutang ini.

Beliau berkata masanya tiba untuk kerajaan melaksanakan ikrar mendahulukan rakyat dan slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan.

"PTPTN perlu dihapuskan dan diganti dengan 'Biasiswa Rakyat', yang menyediakan bantuan pendidikan secara adil, tanpa mengira batas perkauman," tegas Yusmadi.

"Ia semata-mata bertujuan kearah memperkasakan pendidikan warga Malaysia," tambah beliau.
 
Sponsored Post

baim

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2007
Messages
3,214
Reaction score
18
Points
25
yusmadi ni antara politician muda yg ada peluang cerah..
 

mfadhlan

Active Member
Joined
Jan 4, 2008
Messages
1,917
Reaction score
6
Points
25
pelapis muda....yg penting pemimpin perlu mempertahankan rakyat, bukan kroni & kepentingan diri sndri...


PTPTN mungkin dianggap ALONG berlesen, mudah tapi perlu dirangka semua tujuan asal penubuhan...membantu pelajar...jgn bebankan slps jd bekas pelajar...
 

A.K

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2010
Messages
256
Reaction score
0
Points
10
:)cgrock:)cgrock:):)cgrock BAGUZ...Semoga Tidak Separuh Jalan jeeeee....:)paid:)paid:)paid
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
yess..org nie kita mahu.....
 

REMEDY KARUNG GUNI

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 11, 2008
Messages
33,477
Reaction score
411
Points
136
ada peluang cerah si Yusmadi ni...dengar cara dia berhujah memang ada harapan
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Yusmadi nih memang kemas betul hujah yang dikemukakan....

seorang lawyer muda berprestasi tinggi....
 

esssymanex

Active Member
Joined
Feb 12, 2007
Messages
1,191
Reaction score
16
Points
35
Bgs memperjuangkan Hak Pelajar. Saya sokong !!
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register