'Ysuku' dalam pemerhatian polis

Recommended Brokers


AbamB

Fun Poster
Joined
Nov 10, 2017
Messages
262
Reaction score
26
Points
30
abam geng yamaha sukan
ada geng ke kat sini :ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO:
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,970
Reaction score
8,716
Points
2,226


Motosikal Y15
Pantau pengedar, penjual aksesori Ysuku tidak ikut spesifikasi


IPOH - Ketegasan polis dalam isu pengubahsuaian motosikal jenis Yamaha 15ZR atau 'Ysuku' tanpa kebenaran tidak sewajarnya hanya tertakluk kepada pemilik dan penunggang kenderaan itu sahaja, sebaliknya harus meliputi pengedar dan penjual barangan aksesori dan komponen tidak ikut spesifikasi.

Wakil Kelab Ipoh Bikers, Azli Ahmad Tajuddin, 48, berkata, polis digesa memantau tindakan pengusaha bengkel dan kedai motosikal yang menjual barangan aksesori, alat ganti dan komponen dalaman motosikal Ysuku yang tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara berleluasa di negara ini.

Menurutnya, apabila berlaku penawaran barangan terbabit secara terbuka, pemilik motosikal Ysuku pastinya tertarik untuk mengubah suai kenderaan mengikut kehendak mereka.

"Sepatutnya polis dan JPJ perlu menyasarkan kepada pengedar dan penjual barangan motosikal Ysuku tidak ikut spesifikasi kerana dari situ punca golongan pemilik Ysuku berminat laksana modifikasi.

"Sebagai seorang pemilik motosikal Ysuku, saya merasakan tidak adil hanya kami disasarkan pihak berkuasa, sedangkan sekiranya tiada penawaran dibuat pastinya kami tidak akan melakukan pengubahsuaian yang menyalahi peraturan ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian.

Azli Ahmad berkata, pihaknya turut menggesa kerajaan mengkaji semula perlaksanaan peraturan membabitkan motosikal Ysuku kerana terdapat beberapa perkara seperti pemasangan 'coverset' asal dan saiz tayar yang dirasakan tidak munasabah.

Menurutnya, pemasangan 'coverset' bukan asal sebenarnya tidak menjejaskan atau menambah kelajuan motosikal berkenaan, apatah lagi membawa risiko kemalangan jalan raya kepada pengguna.

"Kebanyakan ubah suai dilakukan pemilik motosikal Ysuku bertujuan melaram dan mencantikkan kenderaan mereka sahaja, bukan bertujuan untuk berlumba.

"Perlu diingati trend pemilikan dan modifikasi penampilan motosikal Ysuku bukan sahaja berleluasa dalam kalangan golongan belia, malah turut diikuti golongan veteran dan berusia," katanya.

Azli Ahmad berkata, susulan arahan pemantauan terhadap Ysuku, ramai pemilik dan penunggang motosikal itu kini fobia untuk menunggangnya di jalan raya kerana bimbang menjadi sasaran polis dan JPJ.

Menurutnya, kerajaan harus menyedari golongan veteran dan warga emas juga turut berminat dalam inisiatif mengubah suai motosikal Ysuku dari aspek penampilan semata-mata.

"Kebiasaannya pemilik Ysuku sanggup menghabiskan sekitar RM300 hingga RM30,000 untuk mengubah suai penampilan luaran motosikal masing-masing dengan saya sendiri berbelanja lebih RM3,000 untuk mencantikkan motosikal.

"Inisiatif itu saya fikir tidak meningkatkan kelajuan motosikal dan mengundang ancaman kepada pengguna jalan raya lain dan saya minta kerajaan kaji semula peraturan diimplementasikan agar lebih relevan," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/47550/BERITA/Nasional/Pantau-pengedar-penjual-aksesori-Ysuku-tidak-ikut-spesifikasi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,811
Reaction score
1,935
Points
176
Memang patut pun budak-budak Ysuku ni kena saman. Tak payah nak sembang kata kenapa zaman RXZ dulu polis tak kacau. Bukan polis tak kacau, polis kacau je. Cuma zaman tu kau main beyblade lagi, tu pasal kau tak tau.

Zaman dulu siapa yang pakai paip perang, paip tembak bulan, tayar sotong, ni semua memang stock-stock kena saman je kalau polis jumpa.

Spec-spec mcm ni orang bawak main malam merdeka, main malam raya, main malam tahun baru je dulu. Itu pun main dekat jalan besar depan kampung.

Tapi budak sekarang, selamber adab kehulu kehilir dengan paip perang, swing arm aloy, tayar sotong. Siap bawak pergi konvoi lagi tu. Memang serah tengkuk jela jawabnya.

Dh benda tu memang salah, tak payah lah kau nak sembang macam baru hari ni undang undang tu ada.

Lagi satu Amran perasan, sekarang makin menjadi-jadi pulak kes superbike hilang brake caliper. Zaman dulu takde pulak kes-kes macam ni.
Nak tau sebab apa?

Sebab trend artis-artis pasang brake Brembo dekat Ysuku ni lah puncanya. Artis main barang mahal dia pun nak main barang mahal, sudahnya rembat barang dekat motor orang.

Zaman RXZ, Panther, dulu semua pakai barang-barang ori motor. Takde beriya nak pasang brake Brembo ni semua. Tu pasal dulu takde kes superbike hilang brek caliper.

So kesimpulannya, nak main motor tu boleh, tapi kena tahu lah undang-undang. Nak pakai tayar sotong ke apa tengok lah masa. Jangan lah sakai sangat motor bawak hari-hari pun kau nak pakai tayar sotong dengan paip perang.

Lagi 1, kalau dh tau diri tu miskin, pakai jela barang ori motor, bukan rembat barang dekat motor orang. Faham?
Kredit: Amrans Fan

 

dejavu

Active Member
Joined
Nov 20, 2009
Messages
1,917
Reaction score
93
Points
30
motor ysuku stended kan senang...dah byk kali teman lalu rodblok jpj ka polis trafik ka, alhamdulillah xpenah lagi kena tahan..mungkin sbab moto ada box kot kt blakang..
 

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,316
Reaction score
250
Points
81
Hobi kami mahal
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,591
Reaction score
35
Points
70
Orang nalaysia terlalu kreatif...
Kalau kat luar negara, xsilap mereka boleh buat motor atau kereta dari scratch...tapi kena lulus pemeriksaan jabatan pengangkutan sana baru boleh lepas untuk digunakan di jalan raya..mungkin Malaysia boleh tiru..

Contoh macam cerita american chopper..
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,052
Reaction score
771
Points
166
Orang nalaysia terlalu kreatif...
Kalau kat luar negara, xsilap mereka boleh buat motor atau kereta dari scratch...tapi kena lulus pemeriksaan jabatan pengangkutan sana baru boleh lepas untuk digunakan di jalan raya..mungkin Malaysia boleh tiru..

Contoh macam cerita american chopper..
di sana semua juru pemasangan sangat intergriti... kategori ubahsuai ada 2.. satu untuk kegunaan atas jalan dan satu lagi untuk hobby.. di malaysia jpj pun ok je... lepas buat pengubahsuaian hantar je kat jpj... kalau kategori kosmetik memang dibenarkan tapi tak boleh bawak on the road...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register