'Ysuku' dalam pemerhatian polis

Recommended Brokers


isteri_aku

Active Member
Joined
Feb 5, 2012
Messages
2,009
Reaction score
14
Points
25
Yg laju senyap bior la...saman yg ekzoz maha bingit menyakitkan hati tu jeee....sakit otak mikir manusia xde akal camtu
 
Sponsored Post

apoeki

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
4,764
Reaction score
135
Points
33
si alip sukri x kene saman ke
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,867
Reaction score
3,646
Points
191
Bukan hanya Ysuku diperhatikan...



Anggota JPJ menyita motosikal yang melakukan kesalahan dalam operasi sebelum ini. Foto Arkib NSTP









BUKAN saja motosikal Yamaha Y15ZR atau ‘Ysuku’ tetapi semua jenis motosikal yang diubahsuai akan dikenakan tindakan sekiranya melakukan pengubahsuaian.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, sebanyak 1,222 saman dikeluarkan atas kesalahan ubah suai kenderaan dikeluarkan pihaknya bagi tempoh Januari hingga Julai lalu.

“Daripada jumlah itu, 547 saman dikeluarkan terhadap motosikal yang dikesan melakukan kesalahan.

“JPJ Kuala Lumpur sepanjang tahun lalu mengeluarkan sebanyak 1,764 saman bagi kesalahan itu dengan 731 saman membabitkan motosikal.

“Dari segi tindakan penguatkuasaan, kami tidak hanya menumpukan jenis model tertentu seperti Ysuku tetapi semua jenis kenderaaan yang diubahsuai akan dikenakan tindakan saman.

“Bagi setiap kesalahan ubah suai membabitkan satu komponen akan dikenakakan kompaun RM150 mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan larangan bagi kenderaan motor yang tidak mematuhi kaedah-kaedah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Ismail berkata, pihaknya mengenal pasti komponen yang sering diubahsuai oleh pemilik motosikal.

“Kebanyakan motosikal diubah suai mengikut ‘selera’ pemiliknya. Ada yang mengubah ekzos untuk menjadikannya lebih bising dan banyak asap selain membuang cermin sisi, menukar nombor pendaftaran kenderaan serta tayar kecil bagi menjadikan kenderaan mereka lebih ‘ranggi’.

“Berdasarkan trend semasa, Ysuku memang nampak lebih menonjol kerana ciri motosikal itu yang laju dan ada yang menjadikannya sebagai kenderaan untuk berlumba,” katanya.

Beliau menasihatkan pemilik motosikal supaya bertanggungjawab terhadap kenderaan masing-masing.

“Setiap pengubahsuaian kenderaan yang dilakukan pemilik harus mengikut lunas undang-undang. Sekiranya mereka kurang pasti sama ada ubah suai dilakukan mengikut spesifikasi ditetapkan atau tidak, pemilik boleh merujuk perkara itu kepada JPJ.

“Bagi golongan selebriti, mereka diminta berhati-hati dalam tindakan mengubah suai motosikal yang dipamerkan di media sosial kerana ia secara tidak langsung mempengaruhi pengikut untuk membuat tindakan sama (ubah suai) kerana perkara itu adalah salah,” katanya.










sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/495631/bukan-hanya-ysuku-diperhatikan
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
484
Reaction score
71
Points
20
150 sekarang dah tak ada kick start...esok baterikong,terpaksa menolak...
Susah apanya...klu setakat bateri kong blh hidup lg...caranya gini...Bro tolak laju2 tp cara ni susah skit nak kena lompat naik atas moto

Cara mudah turun bukit bila dah laju masuk gear 1 lps klac...terus hidup tp syaratnya masa turun tu kena lajulah
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,848
Reaction score
1,947
Points
176
orang kilang dah bagi standard "road-legal" lagi nak modified .. kat taman sini pun kekadang ada ekzos bising, nanti aku baling kayu kang baru tau ..
 

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,496
Reaction score
114
Points
73
elok kasi gertak sikit kaki modi ni....spesis ni la yg suka merempit kat highway mengganggu orang lain kat highway...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register