YouTuber terkenal didakwa mencabul serah diri

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,107
Reaction score
2,598
Points
206
908819.jpeg


KOTA BHARU - Seorang YouTuber terkenal hari ini tampil menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung aduan dibuat terhadapnya atas dakwaan mencabul.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, lelaki berusia 22 tahun itu menyerah diri pada jam 10.30 pagi tadi.

"Terdahulu pada Jumaat lalu, seorang wanita berusia 24 tahun hadir ke balai polis untuk membuat laporan mendakwa dirinya telah dicabul oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian di sini sejurus tamat penggambaran drama oleh YouTuber berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa telah dihubungi oleh rakan dan menawarkannya untuk berlakon sebuah drama untuk dimuat naik dalam YouTube terbitan suspek.

Katanya, mangsa kemudian telah diperkenalkan kepada suspek dan kemudian ditawarkan berlakon dalam drama berkenaan.

"Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

"Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik dan mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani," katanya.

Abdul Rahim berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,838
Reaction score
12,060
Points
1,906
sapa youtuber suspek ni
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,802
Reaction score
2,306
Points
151
youtuber terkenal? klate? aku knl syahmi sazli dan alieff irfan je...

tp syahmi umur 25... alieff umur 23
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,838
Reaction score
12,060
Points
1,906
youtuber terkenal? klate? aku knl syahmi sazli dan alieff irfan je...

tp syahmi umur 25... alieff umur 23
netizen kata youtuber tu bukan orang kelantan, malah menafikan alieff irfan terlibat. diorang kata bukan alieff irfan
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,802
Reaction score
2,306
Points
151
netizen kata youtuber tu bukan orang kelantan, malah menafikan alieff irfan terlibat. diorang kata bukan alieff irfan
tu lah..alieff irfan tu dia umur 23...
bukan 22....


so, bukan org klate eh???...
dan berumur 22... mcm kenal je siapa...
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,004
Reaction score
740
Points
121
bagitau je la nama youtuber tu. senang aku nak tgk video2 dia, pastu tgk kalau byk pompuan ada dalam youtube dia.. senang sikit aku nak imagine berapa ramai da perempuan jadi mangsa dia.
 

onizukamuiz

Junior Member
Joined
Sep 12, 2014
Messages
89
Reaction score
10
Points
21
Umur "i" mmg 22 tahun, terkenal, tapi xtau lh betul ke x
 
Sponsored Post
Top
Log in Register