BTC USD 57,334.8 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YouTube Tengah Uji Ciri Baru Di Ruangan Komen

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,213
Reaction score
3,898
Points
236
Selain daripada menonton video kegemaran dari pencipta kandungan kegemaran anda di YouTube, rata-rata daripada kita turut gemar melihat ruangan komen platform berkenaan. Tolak tepi cemuhan atau lontaran kata-kata yang negatif, kita juga boleh dapatkan informasi tambahan daripada pengguna yang lain dibahagian tersebut.

Namun begitu, ada masanya kita tidak memahami komen yang dibuat kerana ia mungkin ditulis berdasarkan babak-babak tertentu di dalam video.

Terbaru, YouTube menyatakan mereka sedang menjalankan ujian terhadap ruangan komen. Apa yang diuji adalah, hantaran komen mengikut masa tertentu (timestamp). Ia bermaksud komen itu kelihatan pada garis masa yang relevan dengan video yang sedang dipaparkan.

Difahamkan bahawa ciri ini hanya dijalankan dalam kelompok kecil pengguna dimana penawaran lebih meluas akan dipertimbangkan mengikut maklum balas pengguna.

youtube-stream-HDR.jpg

Sumber YouTube
 

CG Sponsors




Top
Log in Register