BTC USD 63,586.9 Gold USD 2,324.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Android YouTube Music Recap 2023 Hadir Dengan Kulit Album Anda Sendiri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,377
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,377
Reaction score
6,493
Points
916
Awards
1
Seiring dengan Apple Music dan Spotify, Recap 2023 untuk YouTube Music telah tersedia di aplikasinya. Seperti yang anda tahu, Recap 2023 ini dihasilkan untuk pemerhatian anda tentang ringkasan lagu dan muzik yang didengar sepanjang tahun 2023.Walaupun diterbitkan sehari sebelum bulan Disember, anda hanya perlu tekan ikon profil di bahagian atas kanan selepas membuka aplikasi YouTube Music.

Seterusnya, anda perlu pilih "Your Recap".

Akhir sekali, tekan "Get Your Recap" dan anda boleh lihat Recap 2023 yang telah diteliti oleh sistem YouTube Music. Antara kandungan yang terdapat dalam Recap 2023 ini adalah durasi masa dalam minit anda menghabiskan masa mendengar lagu di YouTube, lima artis teratas berdasarkan saluran mereka, ringkasan keseluruhan yang disertakan dengan kulit album anda sendiri dan banyak lagi. Namun begitu, YouTube Music dilaporkan masih belum melancarkan senarai audio video untuk lagu-lagu popular sepanjang tahun 2023. Hal ini disebabkan oleh Recap 2023 yang dijalankan secara berperingkat bagi setiap pengguna beberapa hari yang lepas.​

1701362291156.png

1701362301241.png

Sumber asal 9to5Google
 
Sponsored Post

YouTube Music 2023 Recap Kini Boleh Di Akses

Apple Music ada Replay, Spotify pula ada Wrapped dan kini giliran YouTube Music pula dengan Recap yang turut merumuskan aktiviti pendengaran pengguna sepanjang tahun. 2023 Recap membawakan pengalaman yang sedikit berbeza kerana membenarkan pengguna mengubahsuai rekaan setiap laporan yang dipaparkan.

Pertama adalah imej kenit yang boleh ditukar mengikut citarasa pengguna, menurut YouTube Music ciri ini adalah untuk imaginasi pengguna membayangkan rumusan setahun dalam sebuah album tersendiri. Kemudian YouTube Music turut memperkenalkan analisa baharu iaitu rumusan muzik yang mengikut mood pengguna seperti seronok, tenang, cinta, tarian dan banyak lagi.

YouTube Music turut mengekalkan ciri integrasi dengan Google Photos, di mana pengguna boleh memadankan memori indah tahun ini dengan muzik yang bersesuaian. Untuk mengakses 2023 Recap pada YouTube Msuic, buka aplikasi YouTube Music pada peranti Android atau iOS, tekan gambar profil dan pilih Your Recap.
1701429909333.png

Sumber asal​
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register