BTC USD 66,939.9 Gold USD 2,329.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Youtube YouTube Menguji Penggunaan AI Dalam Membantu Penerbit Hadir Dengan Ilham Video Seterusnya

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
446,969
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
446,969
Reaction score
35,933
Points
2,836
Awards
2
YouTube Menguji Penggunaan AI Dalam Membantu Penerbit Hadir Dengan Ilham Video Seterusnya

May 6, 2024•Aman

YouTube agak aktif dalam menguji pelbagai ciri baharu pada platform mereka. Terbaru, dengan ledakan penggunaan kecerdasan buatan, YouTube turut telah mulakan eksperimen kecil yang menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam membantu para penerbit kandungan atau Youtuber.

Melalui ciri baharu ini, ia menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam memberikan serta menjana ilham video seterusnya untuk dihasilkan. Kecerdasan buatan ini akan mengambil kira sejumlah perkara, termasuk kandungan atau topik yang diminati penonton anda, perkara yang boleh dibincangkan, dan juga beberapa idea baharu penghasilan kandungan.

Pihak Google menawarkan ciri eksperimen ini secara terhad kepada beberapa penerbit sahaja buat masa ini. Tidak mustahil sekiranya ia berjalan lancar, ciri ini akan ditawarkan meluas dan membantu lagi dalam penghasilan kandungan video yang diminati ramai.


 
Back
Top
Log in Register