BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Youtube YouTube Menguji Ciri Guna Lebih Daripada Satu Imej “Thumbnail” Pada Video

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,784
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,784
Reaction score
6,532
Points
916
Awards
1
Untuk menarik perhatian penonton, imej kecil atau “thumbnail” yang menarik adalah perlu. Anda mungkin membencinya tetapi imej kecil dengan muka manusia dengan mimik muka terkejut dan kelakar akan mendapat tontonan lebih tinggi. YouTube telah mengumumkan ciri baharu “Test & Compare” yang membolehkan lebih daripada satu imej kecil digunakan pada satu video. Dengan ciri ini pemilik saluran boleh melihat imej kecil yang mana mempunyai tontonan lebih tinggi. Selepas beberapa ketika, pemilik saluran boleh memilih satu sahaja imej yang memberikan tontonan paling tinggi. Sehingga tiga imej kecil boleh dimuat naik untuk satu video. Ciri ini diberikan kepada beberapa ratus pemilik saluran sahaja pada waktu ini sebagai ujian dengan perancangan menawarkannya kepada lebih banyak pengguna bermula tahun 2024.

Pengguna lebih daripada satu imej kecil bukanlah perkara yang aneh kerana ia taktik yang diakui digunakan oleh Netflix. Sesetengah imej kecil ebih menarik penonton wanita dan imej kecil lain lain penonton lelaki.

 
Back
Top
Log in Register