BTC USD 26,834.6 Gold USD 1,960.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Youtube YouTube Gaming Mempunyai Lebih 500 Juta Penonton Harian Pada 2022

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
YouTube mempunyai beberapa variasi pembahagian kategori kandungan dibawahnya, dan salah satu kategori yang turut memperlihatkan peningkatan pesat adalah YouTube Gaming. Melalui temuramah bersama Hollywood Reporter, pihak YouTube kini berkongsi mengatakan jumlah keseluruhan kandungan berkaitan permainan video di YouTube sepanjang 2022, telah melangkaui 2 trilion tontonan, salah satu pencapaian yang tinggi untuk platform berkenaan.

Berkongsi lanjut, YouTube memperlihatkan lebih 500 juta penonton harian menonton kandungan melibatkan permainan video, yang mana mencatatkan lebih 120 bilion jam tontonan pada platform tersebut. Dengan pelbagai angka ini, ia sekaligus memperlihatkan kandungan permainan video memainkan salah satu peranan utama pada platform video tersebut. Kini, dibawah CEO baharu, sama-sama kita nantikan apakah pelbagai ciri baharu yang bakal disertakan memfokuskan kepada YouTube Gaming ini.
youtube-gaming.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register