BTC USD 40,635.8 Gold USD 1,864.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YouTube Checks Memeriksa Video Yang Di Muat-Naik

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
YouTube Checks Memeriksa Video Yang Di Muat Naik Tidak Melanggar Hak Cipta Sebelum Di Terbitkan;

Perkara yang dibenci YouTuber ialah video yang tidak boleh menjana pendapatan kerana mengandungi video yang hak ciptanya dimiliki orang lain. Walaupun ada undang-udang mengenai penggunaan fair use, sistem ini masih tidak sempurna dengan ada pemuzik yang menghalang video walaupun lagu hanya sepanjang 10 saat. Untuk mengurangkan pening kepala di kalangan YouTuber, Checks telah diperkenalkan oleh YouTube.

Menerusi Checks, Youtube akan mengimbas kandungan video terlebih dahulu dan mencari padanan dari pangkalan data Content ID mereka. Apabila video yang melanggar hak cipta ditemukan, ia akan memberikan amaran apakah kandungan video yang bermasalah dan tanda masa ia dikesan. Seterusnya Checks akan memeriksa sama ada video tersebut melepasi piawaian pengiklanan. Menurut YouTube proses memeriksa akan mengambil masa sekitar tiga minit dan memeriksa kesesuaian pengiklanan pula sedikit lebih lama.

youTube-Checks-Hak-Cipta-A-950x535.jpg.webp

Sumber asal https://support.google.com/youtube/thread/102365314
 

CG Sponsors




Top
Log in Register