Info YIDE Kini Di Shopee, Galak Orang Ramai Sedekah

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
17.11.2020 - Kuala Lumpur, Orang ramai kini boleh menyumbang ke tabung Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) dengan membuat pembelian baucar RM10 dan RM50 di platform digital Shopee. Pengurus besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata saluran yang disediakan sejak awal bulan ini memudahkan penderma berinfaq sambil membeli-belah di aplikasi tersebut.

“Pembelian secara dalam talian menjadi satu trend masyarakat masa kini dan kita tidak mahu ketinggalan daripada aspek itu dengan menawarkan kemudahan kepada orang ramai untuk menderma. Penderma akan menerima resit pembelian baucar dan mendapat mata ganjaran Shopee serta pengecualian cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan sumbangan orang ramai melalui aplikasi tersebut boleh dipilih mengikut jenis infaq seperti anak yatim, musibah atau malapetaka dan golongan memerlukan. Mohd Razali berkata pihaknya juga merancang untuk menaikkan nilai pembelian baucar infaq kepada RM100 khusus bagi membiayai pembinaan Kompleks Anak Yatim.

“Kita berharap orang ramai mengetahui kewujudan platform tambahan untuk berinfaq ini dan memberi sokongan terhadap usaha Yide dalam membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Orang ramai boleh melayari https://shopee.com.my/yide_official untuk pembelian.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/yide-kini-di-shopee-galak-orang-ramai-sedekah/
 
Sponsored Post

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,664
Reaction score
655
Points
171
aku pilih MUIK = majlis Ugama Islam Kelantan
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
YIDE - MOVE Agih Cecair Basmi Kuman, Pek Makanan

20.11.2020 - Shah Alam, Sebanyak 200 botol cecair pembasmi kuman dan pek makanan sedia diagihkan kepada golongan memerlukan menerusi aktiviti amal Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide). Pengurus Besar Yide, Nur Mohd Razali Abdullah berkata agihan tersebut dibuat dengan kerjasama Malaysia Outreach Volunteer Experience (Move) secara mingguan.

“Ia selaras dengan peranan Yide untuk terus merencanakan pelbagai inisiatif dalam membantu mereka yang terkesan dan memerlukan bantuan secara bersasar dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan.

Agihan botol cecair pembasmi kuman itu diserahkan oleh wakil Pengurusan Tertinggi Yide, Md Arifin Jaafar semalam.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/yide-move-agih-cecair-basmi-kuman-pek-makanan/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
YIDE Sumbang Pek Makanan Kepada Petugas PKD Klang

23.11.2020 - Shah Alam, Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyumbangkan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang pada 20 November lalu. Pek yang mengandungi air kotak, air jus, roti, kopi segera dan biskut tenaga bernilai RM10,000 keseluruhannya.

Pengurus besarnya berkata sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yide, Prof Dr Azreen Syahril Adnan kepada Pegawai Kesihatan Daerah Klang, Dr Masitah Mohamed.

“Yide sentiasa menyokong dan menghargai pengorbanan mereka tanpa mengira waktu. Bantuan ini untuk diagihkan kepada semua petugas yang sedang bertugas di pejabat atau di lapangan ,” kata Nur Mohd Razali Abdullah dalam kenyataan.

Menurut Nur Mohd Razali lagi, pasukan Yide turut meninjau operasi bilik gerakan PKD Klang menguruskan hal ehwal Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/yide-sumbang-pek-makanan-kepada-petugas-pkd-klang/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Sumbangan Kepada YIDE Di Shopee Cecah RM1,000

24.11.2020 - Shah Alam, Jumlah sumbangan kepada tabung Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerusi platform digital Shopee mencecah RM1,000 selepas seminggu diperkenalkan. Justeru, penolong pengurus perancangan strategiknya mengalu-alukan lebih ramai individu membuat sumbangan bagi menikmati pelbagai manfaat termasuk pengecualian cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ramai juga mulai sedar mengenai kewujudan tabung Yide di Shopee walaupun baharu sahaja seminggu kita masuk saluran digital tersebut dan sambutan amat memberangsangkan. Terima kasih kepada mereka yang menyumbang dan pada masa sama Yide mengalu-alukan agar lebih ramai menderma menggunakan kemudahan digital ini sambil membeli-belah,” kata Muhammad Hafiz Bahari ketika dihubungi.

Orang ramai kini boleh menyumbang ke tabung Yide dengan membuat pembelian baucar RM10 dan RM50 di platform digital Shopee. Sumbangan boleh dipilih mengikut jenis infaq seperti anak yatim, musibah atau malapetaka dan golongan memerlukan. Selain pengecualian cukai, penyumbang juga akan menerima resit pembelian baucar dan mendapat mata ganjaran Shopee.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/sumbangan-kepada-yide-di-shopee-cecah-rm1000/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Raja Muda Selangor Sumbang RM100,000 Bina Kompleks Anak Yatim

11.12.2020 - Shah Alam, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyumbang RM100,000 kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) untuk pembinaan Kompleks Anak Yatim di Pulau Indah. Majlis sumbangan diadakan di Istana Kayangan semalam serta dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Azmie Diron.

Pengurus besar Yide berkata pihaknya telah mengumpul RM6.6 juta dan masih memerlukan RM3.4 juta dan menyasarkan kutipan sumbangan itu meningkat pada suku pertama serta kedua tahun depan.

“Bagi merealisasikan kompleks yang akan menempatkan 200 anak yatim dalam satu masa diusahakan dengan kerjasama Central Spectrum Sdn Bhd dan Perbadanan Wakaf Selangor, Yide giat menjalankan promosi serta memperkenalkan pelbagai platform bagi memudahkan sistem sumbangan,” kata Nur Mohd Razali Abdullah dalam kenyataan.

Terdahulu, Raja Muda Selangor berkenan mendengar taklimat ringkas berkaitan perancangan semasa projek pembinaan Kompleks Anak Yatim, Ikon Mahabbah Yide dan projek pembekalan perubatan kepada asnaf di Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

Yide mengajak orang ramai, syarikat korporat, agensi berkaitan kerajaan untuk bersama menyumbang dan memuliakan anak yatim dengan terus menyumbang melalui Bank Islam bernombor akaun: 1223 40100 07330 atau melalui dalam talian Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/ atau Jom Pay (Biller Code: 81059 dan aplikasi Snap and Pay.

Setiap sumbangan diberikan akan dikecualikan cukai pendapatan dan potongan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.7622, bertarikh 15 November 2019 melalui resit rasmi Yide.


Berita asal https://selangorkini.my/2020/12/yide-raja-muda-selangor-sumbang-rm100000-bina-kompleks-anak-yatim/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
YIDE Hulur Sumbangan Kepada 7 Keluarga Mangsa Kebakaran

17.12.2020 - Shah Alam, Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyampaikan sumbangan kecemasan kepada tujuh keluarga mangsa kebakaran di Kampung Ampang Indah, Lembah Jaya Selatan, Ampang. Agensi itu memaklumkan, sumbangan berupa bantuan kewangan dan kit penjagaan peribadi iaitu tuala, kain pelikat, sepasang baju, selimut serta kit pembersihan diri.

“Terima kasih kepada penyumbang yang menderma melalui Tabung Dana Musibah,” maklumnya sambil menambah sumbangan disampaikan oleh Wakil Pengurusan Tertinggi Yide.

Kejadian 12 Disember lalu dipercayai berlaku akibat litar pintas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan MPAJ Lembah Permai. Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah atau malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian hotline Yide, 017 – 756 9476. Untuk maklumat lanjut mengenai peranan Yide boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat di talian +603 – 5510 3931 atau email ke [email protected] atau layari : www.yide.com.my.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/12/yide-hulur-sumbangan-kepada-tujuh-keluarga-mangsa-kebakaran/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register