BTC USD 33,451.7 Gold USD 1,779.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Telco YES4G Kasi Up Percuma SIM kad dengan 40GB Sah 60 Hari

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,927
Reaction score
671
Points
126
201215-yes-4g-kasi-up-plans.jpg

© Provided by Harian Metro

Syarikat penyedia telekomunikasi terkemuka, YTL Communications melancarkan inisiatif pakej baharu dikenali sebagai 'YES Kasi Up' yang dicipta untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan aliran tunai.

Ia juga bertitik tolak kepada situasi semasa yang mencabar dan aliran tunai menjadi objektif utama setiap rakyat.

201215-yes-kasi-up-prepaid.jpg

Pakej YES Kasi Up itu juga adalan program pertama yang menawarkan pulangan wang tunai kepada pengguna sekali gus membantu menghadapi saat mencabar pada ketika ini.

Inisiatif ini menampilkan pelan data paling mampu milik di dalam pasaran telekomunikasi dan menggunakan model rujukan pelanggan sekali gus pengguna YES yang dirujuk akan mendapat ganjaran tunai (referral programme).

201215-yes-kasi-up-prepaid-2.jpg

Pengarah Urusan YTL Communications Datuk Yeoh Seok Hong berkata, pelan YES Kasi Up Prabayar 15 menawarkan tempoh sah selama 30 hari berharga RM15 sebulan untuk penggunaan data 10GB.

Menurutnya, ia menawarkan tiga faktor utama yang menjadikannya pelan terbaik iaitu termurah di dalam pasaran telekomunikasi selain menawarkan jumlah data tertinggi serta tempoh sah paling lama.

201215-yes-kasi-up-postpaid.jpg

"Jika dibandingkan, pelan serupa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain di dalam pasaran hari ini adalah sekitar RM30 sebulan.

"Bagi pelan YES Kasi Up Pasca Bayar 49 pula, ia menawarkan langganan percuma selama enam bulan pertama bagi kontrak selama dua tahun pada harga RM49 dengan data 100GB.

"Data dianggap sebagai satu kemudahan asas, ia sama penting berbanding elektrik dan air," katanya.

201215-yes-4g-kasi-up-referral.jpg

Beliau berkata, sebagai penyedia kemudahan ini, pihaknya mesti bersikap inklusif sekali gus inisiatif itu mampu melakukan perubahan sebenar dengan menurunkan harga dan bukannya sekadar memberikan data tambahan tetapi tetap mengekalkan harga tinggi.

"Isu paling meruncing bagi rakyat hari ini adalah masalah aliran tunah dan prihatin terhadap keadaan itu, kami menawarkan langganan percuma untuk enam bulan pertama dalam pelan pasca bayar kami.

"Ia juga membolehkan pengguna menggunakan wang berkenaan untuk barang keperluan harian yang penting.

"Pelanggan bukan hanya boleh berjimat dengan YES Kasi Up, mereka juga boleh menjana pendapatan dan berkongsi hasil usaha mereka. Katanya, ,odel program rujukan pelanggan ini sangat mudah dan boleh difahami oleh semua orang.

"Ia tidak memerlukan kemahiran istimewa, tiada latihan, tiada modal diperlukan. Hanya rujuk YES kepada rakan serta ahli keluarga dan dapatkan ganjaran tunai," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd
 
Yes Menawarkan Kad SIM Prabayar RM1 Melalui Shopee – 10GB Data LTE, Penghantaran Percuma
Yes telah pun memperkenalkan pelan prabayar baru dinamakan Yes Kasi Up, dimana melaluinya mereka menawarkan pelan 10GB pada harga langganan RM15 sebulan.
up.png


Kini, selari dengannya, Yes turut menawarkan promosi khas melalui Shopee, dimana pengguna boleh mendapatkan kad SIM prabayar Yes pada harga bayaran RM1 sahaja. Menariknya, Yes turut menanggung kos penghantaran, sekaligus membolehkan anda mendapatkan kad SIM berkenaan pada harga RM1 tanpa sebarang caj tambahan.
YES-Kasi-Up-Shopee-950x950.jpeg

Melalui penyenaraian pihak YES, ia turut hadir dengan data sebanyak 10GB, serta masa penggunaan selama 30 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kad SIM Yes ini pada harga RM1 melalui Shopee hari ini, dan mengaktifkannya sendiri apabila menerimanya kelak – serta menikmati data 10GB.

Beli : Yes Kasi Up di Shopee

KasiUP-B40-001.jpg.webp

Screenshot_20210326-214234.png
Screenshot_20210326-214616.png

Nikmati data 4G sehingga 40GB percuma!
Ekslusif bagi semua rakyat B40 hanya dengan yes.
Dapatkan kad SIM percuma terus ke rumah anda.
Tak perlu keluar rumah pun

*Tertakluk terma & syarat*

Sponsored Post

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,253
Reaction score
363
Points
51
YES ni antara internet yang stabil...cuma pakej dia sblm2 ni mmg mahal dan tak berbaloi...
 

waktong

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
7,722
Reaction score
133
Points
83
area rumah dah tak berapa power line yes ni
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,927
Reaction score
671
Points
126
Kehebatan YES 4G ialah mereka satu-satunya pengendali talian mudah alih yang menggunakan kawasan sekolah sebagai tapak pemancar

YES 4G menggunakan spektrum LTE band 38, 40 dan 20.
 

waktong

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
7,722
Reaction score
133
Points
83
bukak tapak pemancar kene tutup suis dah ke
Kehebatan YES 4G ialah mereka satu-satunya pengendali talian mudah alih yang menggunakan kawasan sekolah sebagai tapak pemancar

YES 4G menggunakan spektrum LTE band 38, 40 dan 20.
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,048
Reaction score
215
Points
83
kat sekolah kg aku siap da kene cabut tapak pemancar die hehe
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,792
Reaction score
411
Points
141
coverage akan jadi isu..
lagi satu prepaid RM30 tu ade unlimited call??
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register