YBIM Nafi Penipuan Ibadat Korban

CG Sponsors




Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,019
Reaction score
1,374
Points
151
Peserta Program Korban Kembara Di Benua Afrika Dakwa Ditipu Penganjur
05/08/2020
Cyberjaya – Sekumpulan peserta korban Kembara di Benua Afrika mendakwa tertipu dengan sebuah yayasan terkemuka yang menganjurkan program tersebut.

Salah seorang peserta ketika dihubungi berkata hasil penelitian yang dilakukan mendapati pihak penganjur mengunakan lembu korban yang sama untuk kumpulan peserta yang berbeza.

“Mereka mengirimkan beberapa keping gambar lembu korban yang telah disembelih dengan nama peserta melalui satu kumpulan perbualan applikasi Telegram.

“Tapi apabila saya teliti kembali ternyata terdapat beberapa gambar mengunakan haiwan korban yang sama, tapi dengan nama kumpulan yang berbeza,” katanya yang enggan mendedahkan identitinya sebentar tadi.

Pihaknya cuba untuk menghubungi penganjur bagi mendapatkan kepastian namun sehingga kini talian telefon yang digunakan tidak dijawab.

“Saya dah cuba telefon banyak kali, namun tiada jawapan, saya akan cuba lagi esok.

“Sekiranya masih tiada jawapan saya akan membuat satu laporan polis agar siasatan dapat dilakukan,” jelasnya lagi.

Sementara itu menurut Timbalan Pengerusi Kelab Generasi Tranformasi Ruminan (GTR), Nordin Mat ketika dihubungi berkata pihak penganjur digesa untuk memberikan penjelasan berhubung isu ini.

“Sebahagian gambar korban yang diadakan di Chad katanya. Kalau yang ‘kenal’ lembu boleh kot nampak lembu yang sama di guna kepada nama yang berbeza (https://t.me/kembaraqurbanYBIM?fbclid=IwAR3MmnNQNw7izTGgeJaVKkVfw6UNZXwolPIn3Vr5HUSpRrkdCKkdYRwikJ4)

“Pihak penganjur, ustaz ustaz Duta sila bagi penjelasan kepada peserta yang buat korban,” katanya sebentar tadi.

SuaraTV sedang cuba untuk menghubungi wakil Yayasan tersebut bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu ini.

Awal tahun lalu Yayasan tersebut melancar program Misi Korban ke Benua Afrika dengan menyasarkan penyertaan rakyat Malaysia.


Antara negara Islam termiskin yang ditetapkan di benua Afrika ialah Chad, Kenya, Djibouti, Nigeria dan sebagainya.

Pihak penganjur turut mengunakan golongan agamawan dan artis terkenal sebagai duta program bagi menarik minat peserta

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,713
Reaction score
1,997
Points
206
ni kes yayasan pun tak tau depa kena tipu la ni.
afrika memang benua scammer mapren.
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,805
Reaction score
137
Points
83
patut kene ada wakil masa sembelihan, mcm surau tempat aku org yang anjur tu pergi sendiri kat kemboja or indonesia and mmg muke die yg pegang nama peserta masa tangkap gambar lepas sembelih
 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,225
Reaction score
214
Points
38
Takkan buat korban nak melipat gak...jgn main tuduh...

Kerja buat korban tue...bukan buat kerja angkat sampah kontena...

InshaALLAH
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,713
Reaction score
1,997
Points
206
Takkan buat korban nak melipat gak...jgn main tuduh...

Kerja buat korban tue...bukan buat kerja angkat sampah kontena...

InshaALLAH
mungkin NGO tu tak melipat.
yang melipat orang di afrika sana.
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,362
Reaction score
553
Points
126
mahu telus jujur amanah buat korban dalam qariah sendiri. lembu disembelih kemudian lapah, daging tulang kepala otak lidah limpa usus babat kulit senua diagih depan mata. tak puas hati cakap depan depan.

korban kelompok depan mata ini pun ada peserta yg tak puas hati. apatah lagi korban kelompok luar negara.
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,366
Reaction score
170
Points
73
mahu telus jujur amanah buat korban dalam qariah sendiri. lembu disembelih kemudian lapah, daging tulang kepala otak lidah limpa usus babat kulit senua diagih depan mata. tak puas hati cakap depan depan.

korban kelompok depan mata ini pun ada peserta yg tak puas hati. apatah lagi korban kelompok luar negara.
btol tu bang
kwn tgk trend zmn skrg nk korban luar negara sbb apa?
sbb lg murah dr korban kt negara sndri
rse kluarkn duit utk korban tu membebankn tp xtau betapa bsr ganjaran nye jika niat kita xbrkira2

kwn pernah uruskn korban utk syarikat, org duk compare2 dgn kwsn2 laen
kwn ckp trpulang la awk nk korban kt mne yg penting hati awk ikhlas
sy cuma uruskn & cuba yg trbaik
 
Sponsored Post
Top
Log in Register