YB Kuala Terengganu Terima Kasih Kepada Polis

CG Sponsors




wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
Calon Pas berterima kasih kepada polis

KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, yang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam,

mengucapkan terima kasih kepada polis kerana berjaya mengawal keselamatan serta keamanan sepanjang tempoh pilihan raya kecil
tersebut.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak khususnya pengundi yang telah memberikan kepercayaan sehingga saya menang dalam pilihan raya ini. Saya akan sedaya upaya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan pemenang pilihan raya kecil itu di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini malam tadi.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut berada di pusat penjumlahan undi itu, berkata kemenangan Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam itu bakal memberikan anjakan paradigma kepada rakyat negara ini.

“Kita melihat pilihan raya ini ada sedikit perubahan yang dibuat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sanggup menukar Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang melakukan satu kesilapan di tengah perjalanan pilihan raya dan ini menunjukkan ketelusan mereka,”
katanya.

Ditanya mengenai kehadiran kira-kira 3,000 anggota polis di sini, Abdul Hadi berkata kehadiran pasukan keselamatan yang ramai itu banyak membantu proses pilihan raya kecil tersebut.

“Polis telah memberikan kerjasama yang baik sejak awal lagi. Peranan polis yang tidak menunjukkan sebarang provokasi

membolehkan rakyat keluar dengan aman untuk mengundi,” katanya. - Bernama

Tahniah kpd YB M.Ab. Wahid Endut.
 
Sponsored Post

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
Mohd Abdul Wahid ikrar tunai tanggungjawab

KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, berikrar akan menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan pemilih untuk mengetengahkan pelbagai isu, terutama isu tempatan di Parlimen.

Malah, katanya tanggungjawab sebagai wakil rakyat bertambah kerana perlu menjaga empat Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding hanya DUN Wakaf Mempelam, sebelum ini.

Beliau berkata, kemenangannya pada pilihan raya itu disebabkan sudah lama mengenali pengundi, sekali gus memudahkan kempen menemui pemilih.

"Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada saya dan saya akan laksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

"Terima kasih juga pada Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan semua petugas pilihan raya kerana menjadi pilihan raya kali ini berjalan lancar," katanya ketika ditemui selepas pengumuman rasmi di Stadium Negeri, di sini.

Dalam pertandingan tiga penjuru semalam, Mohd Abdul Wahid yang memperolehi 32,883 undi menang dengan majoriti 2,631 undi, calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Sementara itu, Wan Ahmad Farid berkata, kekalahannya pada pilihan raya itu akan dijadikan landasan untuknya terus bekerja keras berkhidmat untuk rakyat.

Beliau menghormati dan menerima keputusan itu dengan rela hati dan mengucapkan tahniah kepada Mohd Abdul Wahid yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang mengundi BN walaupun undi mereka tak cukup untuk memenangkan BN.

"Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan pengundi yang tak undi BN kali ini akan tukar fikiran memilih BN.

"Saya nak ucapkan teima kasih kepada semua jentera dalam dan luar yang banyak membantu. Saya tahu mereka kerja kuat tetapi akhirnya rakyat membuat keputusan dan keputusan ini harus dihormati," katanya.

'berkhidmatlah untuk rakyat wahai YB baru'
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
BN terima dan hormati pilihan rakyat: Najib

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras amalan demokrasi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana "suara rakyat adalah suara keramat".

"Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di sini, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi apabila memperoleh 32,883 undi.

Wan Ahmad Farid pula meraih 30,252 undi manakala calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Najib berkata, BN akan melaksanakan setiap perkara yang perlu dilakukan bagi menyusun semula imej parti dan apa jua dasar supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

"Saya masih amat yakin bahawa kesudahannya rakyat yakin BN tetap parti terbaik untuk memimpin negara kita," katanya.

Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap Umno dan BN.

"Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya. - Bernama

bagus la tu....
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
Wan Ahmad Farid hormati keputusan rakyat

KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menghormati keputusan pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang memilih Mohd Abdul Wahid Endut daripada Pas sebagai wakil rakyat mereka.

Biarpun 'tersingkir' apabila tidak mendapat undi yang mencukupi untuk mewakili mereka ke Dewan Rakyat, beliau berterima kasih kepada rakyat yang memberikan sokongan kepada BN dalam pilihan raya kecil kerusi itu, katanya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu kali ini.

“Walaupun tidak cukup untuk memenangi pilihan raya kali ini, namun dalam masa yang sama saya akan berusaha untuk memastikan pengundi yang tidak mengundi BN kali ini akan mengundi BN pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita berhubung kekalahannya dalam pilihan raya kecil itu.

Wan Ahmad Farid yang kelihatan tenang turut mengucapkan terima kasih kepada jentera parti sama ada dari luar mahupun dari dalam yang telah berusaha keras membantu beliau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Abdul Wahid yang berjaya memenangi pilihan raya itu.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata BN negeri menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka dan akan meneruskan perjuangan untuk memberikan khidmat yang baik kepada rakyat.
- Bernama

nak kata apa dah....
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
terima kasih kepada pihak polis yang dah tutup sana sini jalan2
kat pekan kuala terengganu malam tadi..
kerana anda telah berjaya membuat saya dan rakan2 saya terpusing2 mencari
jalan keluar..terima kasih kepada polis
 

Tokera

Elite Member
Platinum Member
Joined
Dec 31, 2005
Messages
11,280
Reaction score
154
Points
123
terima kasih kepada pihak polis yang dah tutup sana sini jalan2
kat pekan kuala terengganu malam tadi..
kerana anda telah berjaya membuat saya dan rakan2 saya terpusing2 mencari
jalan keluar..terima kasih kepada polis
mat rempit ramai sgt kot duk bawak bendera PAS round2 jalan bandar..
sambil round sambil willy derang nih.. apo nak jadi..:)):)) last2kena hambat gak ngan polis.

Aku pun terpusing2 cari jalan keluar malam td.. hampeh:(:)(:)((

Sudah ada 2 MP PAS di Parlimen Terengganu.:D:D
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
mat rempit ramai sgt kot duk bawak bendera PAS round2 jalan bandar..
sambil round sambil willy derang nih.. apo nak jadi..:)):)) last2kena hambat gak ngan polis.

Aku pun terpusing2 cari jalan keluar malam td.. hampeh:(:)(:)((

Sudah ada 2 MP PAS di Parlimen Terengganu.:D:D
yang baik itu datangnya drp Allah Taala dan yg lemah itu adalah diri kita sendiri. tahniah kpd yg menang!
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
mat rempit ramai sgt kot duk bawak bendera PAS round2 jalan bandar..
sambil round sambil willy derang nih.. apo nak jadi..:)):)) last2kena hambat gak ngan polis.

Aku pun terpusing2 cari jalan keluar malam td.. hampeh:(:)(:)((

Sudah ada 2 MP PAS di Parlimen Terengganu.:D:D
tu la pasal..masa lepas umum kemenangan,aku lepak kat rumah sewa
jentera PKR selangor kat depan Grand Continental..
haha..dok lambai2 tangan kat orang:)):))
malam sket time nk blah..macam hampeh..sana sini tutup jalan
 

azmimazda

Super Active Member
Joined
Jan 30, 2007
Messages
6,317
Reaction score
1
Points
65
lo ni bkn kt section politik ker?? apa pun tahniah kepada yg menang..
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
lo ni bkn kt section politik ker?? apa pun tahniah kepada yg menang..
takyah masuk section politik ar! sekadar sembang2
tp sentuh jugak la pasal politik. aku rasa mod leh
paham. klu tak seswai move jer tuan mod! :D:D:))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register