Info Yahudi Donmeh - Golongan Berpura Islam Merevolusi Turki Kepada Sekular

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,834
Reaction score
2,454
Points
236
Ketika abad ke 17, terdapat seorang tokoh berbangsa Yahudi bernama Shabbetai Tzevi. Shabbetai Tzevi berasal daripada keluarga Sephardi yang kemudiannya menetap di Smyrna. Sephardi adalah keturunan Yahudi yang berasal daripada Sepanyol atau Portugal dan mereka ini juga digelar "The Jews of Spain".



Dia mula mempelajari tradisi mistik Yahudi yang dikenali sebagai Kabbalah sejak daripada muda dan ilmunya sangat tinggi sehingga dia mendakwa dirinya sebagai Messiah. Walau bagaimanapun, masyarat Yahudi yang berfahaman Judaism tidak mempercayai dakwaan tersebut dan menganggap dia seorang yang sesat.

Namun, kerana pengaruhnya yang kuat, Shabbetai Tzevi berupaya mendapat begitu ramai pengikut. Malah, ramai pengikutnya percaya bahawa dia akan menguasai kota Konstatinopel dimana dia akan ditabalkan sebagai Sultan.


Berpura-pura sebagai penganut Islam



Shabbetai Tzevi yang mendakwa dirinya Messiah

Fahaman sesat yang dibawa olehnya telah sampai ke pengetahuan Sultan Mehmed IV. Sultan telah mengarahkan Shabbetai Tzevi meninggalkan fahaman tersebut dan menganut agama Islam pada tahun 1666. Perkara tersebut telah menyebabkan dia dan kumpulan fahamannya kucar-kaci buat seketika.

Walaupun bagaimanapun, kumpulan pengikut Sabbatean ini enggan melepaskan terus identiti mereka. Kira-kira 300 keluarga pengikut Shabbetai Tzevi telah memeluk agama Islam bersamanya dan membina sebuah penempatan di Salonika.

Walaupun secara luarannya mereka menganggap diri mereka sebagai orang Islam, golongan Yahudi ini masih mengamalkan kepercayaan mereka secara sembunyi-sembunyi. Perkara ini menyebabkan orang tempatan sendiri amat curiga akan status agama mereka ini, tidak seperti orang Muslim dari Bosnia dan Albania yang dilihat menerima cara hidup Islam sepenuhnya.

Disebabkan inilah, orang tempatan Turki pada ketika itu menggelarkan golongan Yahudi pengikut Shabbetai Tzevi ini sebagai "Donmeh". Donmeh merupakan perkataan bahasa Turki yang membawa maksud "berpaling". Mereka dilihat sebagai hanya berpura-pura sahaja dari segi luaran dan bukannya memeluk agama Islam sepenuhya.


Revolusi di Turki



Pada abad ke 19, Empayar Uthmaniyah dikatakan telah jauh ketinggalan berbanding teknologi orang Eropah. Maka, timbullah gesaan keperluan pembaharuan dan pemodenan di Turki.

Maka, antara 1830 dan 1870, Reformasi Tanzimat telah dilancarkan. Ianya merupakan satu bentuk program reformasi daripada segi pendidikan, politik dan ekonomi. Ianya dianggap sebagai usaha untuk memodenisasikan Turki dan mengembalikan kuasa kerajaan Uthmaniyah yang semakin merudum.

Usaha-usaha itu memuncak dalam perlembagaan pada tahun 1876, tetapi tidak lama kemudian dimansuhkan dan monarki mutlak dipulihkan. Pada ketika inilah, pergerakan pemuda-pemuda Turki telah ditubuhkan yang dicetuskan dari kawasan Salonika. Mungkin sekadar kebetulan, disini jugalah berasalnya keturunan orang Yahudi Donmeh dan keturunan mereka.


Pengaruh Yahudi Donmeh dalam pensekularan Turki



Mereka inilah kumpulan yang telah menyusup kerajaan Uthmaniyyah dan merampas kedudukan kuasa dan pengaruh, seterusnya memulakan proses modenisasi yang berkiblatkan orang Barat. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebaga "İttihat ve Terakki Cemiyeti", yakni sebuah jawatakuasa untuk menyatukan rakyat dan memajukan negara.

Antara individu berpengaruh dalam reformasi ini adalah Mehmet Cavit Bey, seorang pengikut fahaman Sabattean yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1908. Mehmet Cavit Bey juga merupakan individu yang sangat mengagumi cara pentadbiran Otto von Bismarck, Chancellor pertama Jerman.

Ketika Perang Dunia Pertama, negara Turki telah berjuang bersama negara Jerman dan Austria-Hungary. Golongan-golongan pemuda pengikut Sabbatean inilah yang telah memainkan peranan penting membawa masuk Penasihat tentera Jerman untuk memerintah tentera Uthmaniyyah.


Kemunculan Mustafa Kemal Atartuk



Pada ketika inilah, seorang pemuda bernama Mustafa Kemal telah diangkat sebagai seorang pegawai sebelum pengaruhnya berterusan naik ke peringkat yang lebih tinggi. Pada ketika inilah dia mendapat gelaran "Kemal" yang membawa maksud bijaksana.

Mustafa Kemal berasal dari Salonika (sama sepertika pengikut fahaman Sabbatean) dan mendapat pendididkan awal di sekolah sekular (Şemsi Effendi) dimana hampir kesemua tenaga pengajarnya adalah golongan Yahudi Donmeh.

Peningkatkan pantas jawatan Mustafa Kemal dalam barisan Tentera Uthmaniyyah dan kawalan pasukan pertahanannya yang mantap terhadap kawasan Dardanelles telah membantu menguatkan pengaruhnya pada waktu itu. Dalam sekelip mata, Mustafa Kemal telah diangkap sebagai pemimpin.

Begitulah sedikit sebanyak kisah mengenai golongan Yahudi Donmeh dalam proses pensekularan kerajaan Turki. Golongan ini memberikan impak besar terhadap sejarah Turki yang ada pada masa kini walaupun jumlah mereka dianggap kecil pada waktu tersebut.

Berkenaan dengan Mustafa Kemal, tidak banyak yang dketahui mengenai asal-usul keluarganya. Golongan Yahudi Donmeh juga ada segelintirnya yang mendakwa bahawa Mustafa Kemal merupakan sebahagian daripada mereka memandangkan dia membawa mesej perjuangan yang sama dengan mereka dalam mentransformasikan Turki kepada sebuah negara sekular.


Rujukan;
 
Top
Log in Register