(News) Xiaomi Mi Max 3 & Mi 8 Lite Terima Kemaskini MIUI 11 Android 10

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,004
Reaction score
3,246
Points
236
Kebiasaannya, Xiaomi hanya memfokuskan kepada kemaskini perisian mereka sahaja. Asas Android tidak akan diubah, lebih-lebih lagi pada peranti kelas permulaan dan kelas pertengahan. Tetapi sejak kebelakangan ini, MIUI 11 semua kemaskini yang diedarkan adalah berasaskan Android 10.

Terkini, Mi Max 3 dan Mi 8 Lite telah menerima kemaskini MIUI 11 versi global dan sistem operasi yang digunakan adalah Android 10. Mi Max 3 adalah peranti bersaiz besar yang memfokuskan penggunaan skrin dan bateri besar. Manakala Mi 8 Lite pula adalah peranti yang memfokuskan gaya hidup dan rekaan premium. Kedua-dua kemaskini ini hadir dengan tampalan sekuriti Februari 2020. Disebabkan ini adalah MIUI 11, ia akan membawakan sokongan mod gelap, font yang selari, pengurusan RAM yang lebih baik, rekaan baharu dan pengalaman penggunaan yang lebih dioptimasikan.

Kemaskini ini adalah untuk pengguna global. Jika anda adalah pengguna peranti -peranti ini, semak notifikasi untuk muat turun kemaskini dan pasang atau muat turun fail kemaskini di bawah untuk memasangnya secara manual.



Fail Kemaskini MIUI 11 Android 1o Mi Max 3
Fail Kemaskini MIUI 11 Android 1o Mi 8 Lite
 
Top
Log in Register